berita

Jogging Dah, Kayuh Basikal Pun Dah Tapi Berat Tak Turun? Mungkin Tips Ini Boleh Bantu

October 13th, 2021 | by Iman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: food.detik.com

Selain daripada bersenam, pengambilan makanan yang sihat dalam kuantiti yang betul juga berkesan menurunkan berat badan.

Rugilah jika bersusah payah bersenam setiap hari tetapi cara pengambilan makanan langsung tidak dijaga. Jom ketahui dengan lebih lanjut apakah tips pemakanan untuk menurunkan berat badan!

Arikel berkaitan: ‘Tak Boleh Jaga Kualiti, Kita Jaga Kuantiti’- Dari 100kg ke 67kg. Ini Koleksi ‘Healthy Plate’ Untuk Kurus

Artikel berkaitan: Dari 185kg Ke 94kg, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Diet ‘Ekstrem’

Jangan biarkan perut kosong!

Kredit foto: google

Badan manusia memerlukan tenaga yang cukup, lebih-lebih lagi untuk mereka yang sentiasa melakukan pekerjaan mahupun aktiviti bersenam.

Apabila tenaga di dalam tubuh berkurangan, ianya sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti harian seperti sakit kepala kerana badan akan mudah keletihan dan berasa lemah.

Bagi mengelakkan perut kosong, disiplinkan diri mulai sekarang dengan mengambil sarapan pagi diikuti dengan 4 hingga 5 kali makan sehari.

Potong separuh daripada makanan harian

Kredit foto: google

Kepada mereka yang mengalami masalah untuk mengawal cara pengambilan makanan sihat secara mendadak, mereka boleh mencuba melatih diri mereka dengan kaedah memotong separuh daripada makanan harian.

Memotong separuh daripada makanan harian mereka bermaksud, setiap apa yang mereka makan ketika itu perlu dibahagikan kepada dua bahagian dan hanya memakan satu bahagian sahaja.

Kaedah ini sangat terkenal dalam kalangan ahli bina badan dan juga ahli sukan, kerana dengan cara ini lebih cepat berat badan mereka turun serta bentuk tubuh badan mereka lebih mudah terbentuk.

Selain itu, dengan melebihkan sayur-sayuran di dalam makanan harian juga dapat mengenyangkan perut dua kali ganda berbanding makanan harian yang lain.

Kurangkan pengambilan gula

Kredit foto: ezdiet.com

Salah satu langkah penting bagi menurunkan berat badan dalam masa yang singkat adalah dengan mengurangkan pengambilan gula di dalam makanan serta minuman.

Hal ini kerana, dengan mengambil gula dengan jumlah yang banyak di dalam makanan atau minuman ianya dapat menambahkan kalori atau tenaga ke dalam tubuh badan.

Dimana, kalori yang berlebihan di dalam tubuh badan yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak dan sekaligus dapat menaikkan berat badan.

Jadi, kurangkan pengambilan gula di dalam makanan serta minuman dan lebihkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Gantikan ‘snek’ petang dengan buah-buahan

Kredit foto: Jadual Diet

Tentu sahaja bagi mereka yang sudah terbiasa dengan pengambilan ‘snek’ atau kudap-kudapan di waktu petang mahupun tengah hari, rata-rata akan lebih berminat untuk makan ‘snek’ seperti pisang goreng, kuih muih dan termasuklah jajan yang tidak berkhasiat.

Bagi mereka yang menginginkan penurunan berat badan dengan lebih cepat, mereka boleh menukarkan ‘snek’ harian mereka kepada makanan yang lebih berkhasiat dan rendah kalori seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Cara mengawal pemakanan dengan pengambilan makanan yang betul mampu menurunkan berat badan dengan lebih cepat berbanding hanya bergantung kepada senaman dan makanan tambahan semata-mata.

Sumber: Maskulin, Sumber Kesihatan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×