berita

Video : Johan (Raja Lawak) Dedah Latar Keluarga

July 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-29 at 11.17.52 AM

Siapa yang tak pernah tergelak apabila Johan bercakap dengan slang Cina-nya? Memang tak dapat nak tahan diri ni dari pecah perut. Namun, melalui iklan raya Astro Gempak, tahukah anda bahawa Johan sebenarnya memang mempunyai darah Cina yang mengalir dalam dirinya?

Perkara ini diakui sendiri oleh Johan dalam video pendek berdurasi 1.01 minit. Menerusi video tersebut, dia menceritakan secara ringkas mengenai kisah hidup dirinya dan juga dari mana datangnya watak “Acai” yang selalu dibawakan olehnya ketika melawak.

Johan turut menceritakan bahawa pada waktu kecil, dia akan melawat saudara-saudara cinanya pada Hari Raya Cina dan sebaliknya pada Hari Raya Aidilifitri pula. Menarik bukan?

Screen Shot 2013-07-29 at 11.15.43 AM

Antara sedutan dari Iklan Raya Astro 2013, Kisah Raya Johan #EratkanJalinan

Untuk pengetahuan, Johan sebelum ini pernah memuatnaik beberapa keping gambar dia menyambut Hari Raya Cina bersama saudaranya di laman Instagram.

468c9980739311e292a722000a1f97f4_7

Jadi, kepada anda yang masih keliru, mari tonton video pendek iklan raya Astro yang mengisahkan tentang latar hidup Johan Raja Lawak ini ya!

SKIP THIS AD ×