berita

Jom Download Mak Cun’s Adventure! Uji Kepantasan Sediakan Nasi Lemak & Makanan Popular Malaysia

May 25th, 2018 | by Wan
Make-It-Senang

Siapa dekat sini peminat setia siri TV popular Mak Cun? Alaa drama popular lakonan Erma Fatima dan Umie Aida itu. Memasuki musim keempat, Mak Cun kini beralih ke dunia permainan digital pula iaitu Mak Cun’s Adventure. Kaki gamers boleh lah try game ini pulak!

Buat nasi lemak untuk pelanggan

Mak Cun’s Adventure menampilkan karakter utama Mak Cun yang berperanan menyiapkan pesanan para pelanggan warungnya. Daripada Nasi Lemak sehinggalah Char Kuey Teow, permainan ini bakal menguji kepantasan dan ketangkasan menyusun strategi dalam menyediakan hidangan.

Berbeza dengan permainan popular ‘Diner Dash’, Mak Cun’s Adventure lebih banyak unsur tempatan. Korang kena sediakan makanan-makanan popular di Malaysia kepada para pelanggan pada masa yang telah ditetapkan. Lagi pantas makanan yang disediakan, lagi banyak duit yang diperolehi. Semuanya ada 30 level!

Donwload sekarang!

Menurut Rafiq Razali,  Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital antara keistimewaaan permainan ini ialah elemen lokal yang diterapkan ke dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat Malaysia.

Kami di Media Prima Digital berasa terharu kerana diberi kepercayaan membangungan permainan untuk jenama Mak Cun yang kita semua tahu merupakan antara jenama drama TV yang popular di Malaysia.

Permainan Mak Cun’s Adventures boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×