berita

Jom Rebut Hadiah Peraduan Sehingga RM100k Dengan Kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya!

October 19th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

 

Di kala seluruh rakyat Malaysia sedang berdepan dengan masalah ekonomi terutamanya dalam pandemik Covid-19, rangkaian pemborong dan peruncit MYDIN telah kembali dengan kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya.

Kempen yang berlangsung sehingga 21 Januari 2022 ini menawarkan penjimatan yang berganda dan promosi barangan dengan harga yang cukup istimewa!

Jom kami kongsikan!

Sebanyak 66 jenama terkenal pun join sekali tau!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga turut berkerjasama melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dan 66 syarikat pembekal terkenal antaranya Nestle, P&G, Lux, Lifebuoy, Sunsilk, Kapal Api dan Saji.

Kempen ini turut berlangsung di platform terkemuka e-dagang MYDIN di Shopee bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membeli-belah secara dalam talian.

Jangan lupa untuk mengimbas QR kod untuk menebus baucar dan mengetahui lebih lanjut mengenai promosi MYDIN!

Lebih menarik lagi, sepanjang kempen ini berlangsung, program televisyen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya akan bersiaran di saluran TV3 pada 30 Oktober ini jam 2.00 hingga 3.30 petang di samping menawarkan pelbagai jenis barangan untuk direbut dengan harga yang tak masuk akal!

Kat sana nanti, ada ramai artis-artis tanah air yang turut hadir memeriahkan kempen dengan pelbagai permainan, bantuan amal dan hiburan yang menarik seperti Noorkhiriah, Black, Sarah Suhairi, Atu Zero dan Ag Azmeer. Bestnya!

Siap ada shocking sales lagi!

Bukan itu sahaja, MYDIN juga ada “Shocking Sales” dimana dengan mengimbas kod QR semasa rancangan sedang berlangsung,  40 pembeli terbanyak yang bertuah bakal memenangi bekalan barangan runcit selama tiga bulan bernilai RM900. Wow!

Yang lagi best, terdapat banyak lagi peraduan yang ditawarkan dengan hadiah bernilai RM 100,000.00 yang korang boleh rebut!

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, kempen ini merupakan medium terbaik bagi menghargai pelanggan setia mereka, di samping menyumbang kembali kepada masyarakat.

Ini merupakan situasi menang-menang untuk usahawan dan perniagaan yang terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit, di samping menawarkan penjimatan kepada pelanggan.

 

Produk industri kecil dan sederhana (IKS) pun turut serta!

Selain daripada itu, kempen ini juga bakal mengetengahkan barisan jenama produk tempatan bagi menggalakkan pembelian barangan tempatan.

Di bawah kempen Beli Barangan Malaysia, MYDIN yang juga merupakan syarikat tempatan turut bekerjasama dengan jenama produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu mempromosi dan memperkenal kehebatan dan keunikan produk yang sesuai dengan citarasa Malaysia.

Jadi, apa tunggu lagi, jomlah ajak ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran serbu MYDIN. Bukan je dapat berjimat dengan diskaun dan tawaran hebat, siap boleh rebut hadiah menarik lagi!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook MYDIN atau kunjungi cawangan MYDIN yang berdekatan untuk sebarang updates tentang kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya.

SKIP THIS AD ×