berita

Jom Sertai Larian Harapan 2018, Penuh Cahaya LED & Confirm Meriah!

August 16th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pada Mei lalu, detik paling bersejarah tanah air telah tercipta apabila buat pertama kali rakyat Malaysia memilih untuk membina Malaysia baharu. Bertitik tolak daripada kejayaan ini, Pesta Harapan Malaysia 2018 anjuran Event@Kini bakal diadakan sepanjang September nanti.

Menerusi penganjuran festival ini, beberapa acara menarik telah disediakan dan orang ramai berpeluang untuk turut serta antaranya Larian Harapan yang akan diadakan pada 16 September bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya. Bertemakan Mid-Nite Led Run, larian ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam!

Bagaimana nak sertai?

Orang ramai yang berminat untuk menyertai larian ini boleh mendaftar di pestaharapanmalaysia.com/harapan-run/. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM80 sahaja dan akan dibekalkan dengan t-shirt khas, glow sticks dan beberapa barangan aksesori LED untuk digunakan pada larian itu nanti. Jangan lupa guna kod promo Harapan2018 untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM10.

Jom lari!

Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Ogos 2018. Barangan larian boleh diambil pada 13 dan 14 September 2018 di pejabat Malaysiakini bermula pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Info lanjut boleh didapati di Facebook Pesta Harapan Malaysia. Jumpa di sana!

SKIP THIS AD ×