berita

Jom Tukar Beli Telefon Dengan Siri HONOR Magic5 Baharu & Nikmati Rebat Sebanyak RM300!

June 16th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Zaman serba canggih sekarang ni telefon pintar pun dah boleh trade in tau jadi senang lah kalau korang nak upgrade telefon pintar pilihan korang tanpa perlu mengeluarkan jumlah duit yang banyak.

Buat korang yang sedang mencari pelan yang terbaik untuk naik taraf telefon pintar korang, min nak kongsi satu berita yang baik!

Ha.. nak tahu apa? Jom baca untuk ketahui lebih lanjut!

Nikmati rebat segera sebanyak RM300 pada setiap pembelian siri HONOR Magic5 baharu!

HONOR sekarang telah melancarkan program tukar beli yang membolehkan pengguna menukar telefon pintar lama mereka kepada yang baharu!

Bukan tu je, korang juga boleh nikmati rebat segera RM300 pada setiap pembelian siri HONOR Magic5 baharu. Wah, berbaloi nya!

Tawaran eksklusif ini sah daripada 15 Jun sehingga 31 Ogos 2023. Jadi, kena cepat-cepat save the date kalau tak melepas lah korang!

HONOR Magic5 hadir dengan perubahan baharu dalam fotografi!

Untuk pengetahuan korang, siri HONOR Magic5 ni menampilkan ciri-ciri revolusi yang mampu menambah baik pengalaman fotografi korang.

Dengan kehadiran ‘falcon triple main camera system‘, siri HONOR Magic5 mempunyai keupayaan ‘milisecond falcon capture‘ yang membolehkan korang untuk menangkap atau merakam pergerakan aktiviti sukan seperti gambar berbasikal di bawah ni dengan mudah!

Jadi, korang tak perlu lagi untuk menggunakan fungsi shutter berulang kali dan paling penting syot korang nanti takkan kabur dah, mesti onz je!

Selain itu, kalau korang nak record atau snap gambar haiwan mesti susah sikit sebab dia bergerak kan?

Tapi, dengan HONOR Magic5 Pro ni korang tak perlu fikir lagi dah sebab telefon pintar ini boleh merakam pergerakan dengan ketepatan dan kelajuan yang menakjubkan!

Senang cerita, kamera telefon siri HONOR ni memang terbaik lah bagi korang yang suka ambil gambar, mesti korang puas hati punya! Tak percaya boleh tengok gambar bawah ni.

Pelbagai pilihan warna yang eksklusif, tak pakai cover pun nampak premium je!

Direka untuk jiwa yang sukakan cabaran, HONOR Magic5 Pro boleh didapati dalam dua warna menawan seperti meadow green dan hitam.

Selain itu, korang boleh dapatkan HONOR Magic5 dalam warna glacier blue dan hitam.

Manakala, HONOR Magic Vs dalam warna hitam dan blue cyan.

Berikut merupakan harga semasa untuk siri HONOR yang baharu ini:

  • HONOR Magic5 (12GB +256GB): RM3,499
  • HONOR Magic5 Pro (12GB + 512GB): RM4,299
  • HONOR Magic Vs (12GB + 512GB): RM5,999

Ha, tunggu apa lagi? Tawaran eksklusif ini korang boleh dapatkan di mana-mana kedai HONOR Experience dan Senheng yang terdekat.

Jom serbu sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR sekarang!

SKIP THIS AD ×