berita

JPJ Akan Buat Pemeriksaan Secara Rawak Di R&R Ketika Raya – Menteri Pengangkutan

May 27th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Kurang daripada 10 hari, umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya segala persiapan telah pun hampir siap dilakukan dan kini hanya menanti waktu untuk pulang ke kampung halaman. Bagi korang yang akan memandu kereta pulang ke kampung halaman, pastikan servis dahulu kereta itu ya.

Pandu dengan cermat, ingat orang yang tersayang dan yang paling penting patuhi peraturan jalan raya. Roadtax kereta dah renew ke belum?

Pemeriksaan secara rawak

Menurut laporan Bernama,  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan pasukan penguatkuasaan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan Hentian Sebelah sepanjang Ops Bersepadu sempena Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pemeriksaan secara rawak terhadap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Contohnya di Teminal Bersepadu Selatan (TBS), mereka akan memeriksa bas sebelum ia memulakan perjalanan. Ada tempat-tempat lain dan kita tahu hotspot itu tetapi kita tak boleh dedahkan.

Bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini pada musim perayaan, pengguna jalan raya khususnya yang tidak memandu dan menunggang boleh melaporkan kesalahan yang dilakukan individu kepada JPJ.

Loke berkata demikian semasa pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ yang bermula hari ini sehingga 12 Jun.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×