Seorang lelaki akan menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas mengakui kesalahannya dalam menjual mayat manusia secara dalam talian, termasuk dua bayi yang mati ketika lahir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Motivator Didakwa ‘Pancing’ Pelajar Sekolah Buat Hubungan Seksual, Beri Pil Tidur & Upah Telefon Bimbit
Artikel Berkaitan: Ibu Kejam! Dera Anak Kecil Sampai Mati, Siap Sumbat Mayat Dalam ‘Luggage’
Jual mayat yang dicuri
Pauley atau nama sebenarnya Jeremy Pauley, 41, dari Pennyslvania, dikatakan menjual mayat yang dicurinya dari Sekolah Perubatan Harvard serta kemudahan lain yang merupakan sebahagian daripada rangkaian perdagangan tubuh di seluruh dunia.
Menerusi laporan Mirror UK, Pauley telah melakukan perkara terkutuk sejak tahun 2018 sehinggalah 2022 dan dia juga merupakan salah seorang daripada tujuh orang yang telah didakwa dalam kes Jun lalu.
Khamis lalu, dia telah mengaku bersalah atas konspirasi dan mengangkut harta curi merentasi sempadan negeri. Dia juga mengakui dia membeli mayat manusia daripada penjual lain.
Antara kes yang didakwa ialah Pauley dikatakan menjual mayat yang dicuri oleh Candace Chapman Scott yang bekerja dia rumah mayat krematorium Little Rock, Arkansas.
Scott sepatutnya membakar mayat dan mengembalikan abu tersebut kepada keluarga, namun Scott tidak berbuat demikian. Malah, dia mencuri bahagian mayat tersebut termasuklah mencuri mayat dua bayi yang mati ketika dilahirkan.
Pilih bahagian yang diingini
Selain itu, salah seorang defendan, Cedric Lodge, dari Goffstown, News Hampshire merupakan seorang pengurus rumah Program Hadiah Anatomi di Sekolah Perubatan Harvard di Boston, Massachusetts.
Difahamkan, Lodge dituduh mencuri organ yang didermakan dan bahagian badan lain termasuk kepala, otak, kulit dan tulang.
Disamping itu, Lodge juga dilaporkan membenarkan pembeli untuk masuk ke bilik mayat dan boleh memilih bahagian badan yang mereka ingini.
Lodge tidak melakukan kerja terkutuk ini seorang diri kerana dia dibantu oleh isterinya Denise, 63, untuk menjual mayat melalui telefon atau melalui media sosial.
Walaubagaimanapun, Lodge, 55, Katrina Maclean, 44, Joshua Taylor, 46, Denise Lodge, 63, Mathew Lampi, 52, semuanya akan didakwa bersama Pauley.
Menurut pihak berkuasa, bahagian badan itu diambil tanpa pengetahuan Sekolah Perubatan Harvard dan pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan mereka dilakukan.
Berikutan daripada kejadian tersebut, Pauley, masih belum dijatuhkan hukuman lagi atas peranannya yang menjual dalam rangkaian manakala Mathew Lampi, sedang menunggu perbicaraan atas sebab didakwa membawa dan menjual mayat manusia dalam tempoh yang panjang dan menukar lebih $100,000 (£80,000) dalam pembayaran dalam talian.
Sumber: Mirror UK