berita

MLM2014 : Juri Maharaja Lawak Mega Menakutkan – Afdlin Shauki

December 22nd, 2014 | by Wan
Kini Trending

10849831_1592273304337541_1845408516380746269_n

Minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan kumpulan Comey tersinggir setelah beberapa minggu berjuang dalam pertandingan yang menghimpunkan pelawak-pelawak terkenal tanah air ini.

Bertemakan bebas, kumpulan Sepah dan Shiro paling berjaya memikat hati juri apabila mendapat 5 bintang hasil sketsa hebat mereka. Namun, beberapa keputusan juri pada malam itu agak mengejutkan dan mendapat perhatian orang ramai termasuk pelawak otai, Afdlin Shauki.

Kredibiliti Juri Dipertikai

Diangkat menjadi juri dalam satu pertandingan lawak tersohor negara bagaikan satu penghormatan kerana mereka yang dipilih bukan calang-calang orang. Iyalah ada ke yang tak kenal Datuk Jalaluddin Hassan, Fazura dan Taufik Batisah? Farah Quinn itu mungkin lah kot.

Namun kebelakangan ini beberapa keputusan juri mula dipertikai dan ianya semakin memuncak pada minggu keenam yang menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dilakukan oleh juri.

komenafd

Hal ini turut mendapat perhatian pelawak senior Afdlin Shauki melalui laman twitter miliknya yang menganggap juri memberi bintang-bintang yang tak sepatutnya. Apa yang dimaksudkan oleh Afdlin sebenarnya?

Juri Silap Program

Memang tak dinafikan ada kumpulan yang membuat persembahan dengan begitu baik sekali sebagai contoh Bocey yang hanya mendapat 3 bintang daripada Datuk Jalaluddin Hassan.

Lebih teruk lagi Datuk Jalaluddin Hassan turut memberikan kritikan terhadap nyanyian Achey yang dikatakan hanya menjerit semata-mata.

boceykomen

Perlu diingat Maharaja Lawak Mega 2014 merupakan pertandingan yang dinilai berdasarkan sketsa komedi kumpulan bertanding, jadi bagi kami soal suara tak sedap bukanlah satu perkara yang perlu diambil kira sepenuhnya. Yang penting penonton ketawa dan terhibur kan?

Nasib sama turut menimpa kumpulan Shake yang hanya mendapat 2 bintang walaupun rata-rata penonton di Dewan Teater Selangor Shah Alam bergelak ketawa menyaksikan persembahan mereka.

komenshake

Walaupun kumpulan Shake bukanlah satu nama besar jika dibandingkan dengan kumpulan yang lain, namun berdasarkan peningkatan yang ditunjukkan, mereka layak mendapat lebih dari 2 bintang.

Keputusan Juri Mempengaruhi Undian

Memang tak dinafikan bukan senang sebenarnya nak buat penonton gelak, lebih-lebih lagi jika beraksi seorang diri. Namun perkara itu bukanlah halangan buat Nabil yang terkenal dengan stand up komedinya. Pada persembahan minggu lalu Nabil mendapat 4 bintang daripada juri. Hurm, korang setuju ke dengan keputusan juri itu?

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Afdlin melalui laman twitter miliknya, bintang yang diberi juri mempengaruhi undian peminat.

Screenshot_2014-12-20-00-28-39

Tapi rasanya penonton sekarang bijak menilai persembahan kumpulan yang bertanding. Walaupun tak dapat banyak bintang, korang vote juga kan?

Setakat hari ini, kumpulan Shiro berjaya memintas kedudukan kumpulan Zero yang sebelum ini mengungguli senarai undian. Manakala kumpulan lain seperti Bocey, Sepahtu, dan Virus mengekori rapat dan terus memberikan saingan.

latest

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×