berita

‘Jururawat Cakap Dengan Saya Menerusi Interkom’ – Ika Mustafa Kongsi Pengalaman Dikuarantin Disyaki Dijangkiti Koronavirus

January 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Wabak koronavirus semakin berada pada tahap membimbangkan apabila tiga lagi pelancong dari China sah membawa virus tersebut di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan situasi ini dan langkah yang wajar untuk membendung wabak tersebut.

Penyanyi tempatan, Ika Mustafa turut berkongsi pengalaman yang derita apabila dia dikuarantin selepas disyaki menghidap virus tersebut. Menerusi Astro Awani, Ika dilaporkan ditahan di Hospital Sungai Buloh dalam kawalan rapi. Saudara terdekat juga tidak dibenarkan melawatnya buat ketika ini.

Pengalaman tidak boleh dilupakan

Penyanyi yang popular dengan lagu Damaikanlah ini disyaki dijangkiti wabak koronavirus selepas pulang dari urusan kerja di Haikou, China pada 25 Januari lepas.

Ini memang pengalaman yang tak boleh dilupakan sangat. Masa saya ingin dibawa ke wad, kawasan yang dilalui itu langsung tak boleh ada orang lain.

Memang tempat dia terasing. Nak ke bilik saya wajib melepasi satu bilik dulu baru boleh masuk ke bilik saya.

Baginya, ini adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana dia terasing dari orang ramai sehinggakan dia wajib melepasi satu bilik ke satu bilik sebelum masuk ke biliknya. Kawalan keselematan di hospital tersebut cukup ketat bagi memastikan tiada jangkitan terhadap orang lain.

Komunikasi melalui interkom

Jururawat pun kalau nak cakap dengan saya akan menerusi interkom. Kalau nak periksa suhu badan, tekanan darah dan hantar makanan baru akan masuk ke ruang bilik saya dengan berpakaian khas.

Ahli keluarga saya hanya dibenarkan untuk hantar barang di tingkat bawah saja, jururawat yang akan turun ambilkan.

Jururawat yang ditugas untuk menjaganya turut hanya berkomunikasi melalui interkom yang disediakan. Jika mereka ingin memeriksa keadaan Ika, mereka akan masuk ke ruang bilik dengan pakaian khas. Selain itu juga, ahli keluarganya turut tidak dibenarkan melawatnya buat seketika ini.

Keadaan semakin pulih

Keadaan saya macam makin sihat. Cuma sekarang ini berasa gementar sangat sebab nak tunggu keputusan sama ada positif (wabak koronavirus) atau tidak. Saya sendiri tak tahu bila akan dapat keputusan itu.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana keadaan dirinya semakin pulih. Dia disyaki dijangkiti wabak tersebut kerana mengalami demam, batuk dan selsema yang teruk selepas dipercayai menaiki pesawat yang turut membawa warga emas dari Wuhan yang merupakan wilayah penularan wabak koronavirus ini.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×