Identiti penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, semalam akhirnya dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh. Mangsa berasal dari Sidam, Kedah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi
Rider penghantar makanan
Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah, Allahyarham merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tambah Nazihah, arwah berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.
Ujar Nazihah lagi, dia menonton rakaman tersebut, namun tidak menyangka mangsa merupakan ahli keluarga sendiri.
Allahuakbar. Patut la sedih sangat-sangat. Simpati dengan rider yang terbakar nahas pesawat dekat Elmina. Rupanya adik sepupu sendiri. Aku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat kesan Apit mangsa yang terlibat.
Zie Mohon semua tolong doakan Allah ampunkan dosanya, ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan diberi kekuatan untuk keluarga kami. Al-Fatitah Apit. Orang baik Allah sayang kan.
Terdahulu, 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina. Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat. Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan.
Sumber: Facebook