PR Worldwide dalam satu kenyataan rasmi memberitahu bahawa Konsert Justin Bieber: Justice World Tour akan ditunda di Malaysia. Keputusan tersebut dibuat atas faktor kesihatan, Justin Bieber.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlu Rehat’ – Justin Bieber Umum Batal Konsert Jelajah Dunia Kerana Masalah Kesihatan
Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Keadaan Justin Bieber Semakin Pulih, Netizen ‘Excited’ Nak Pergi Konsert
Artikel Berkaitan: Alami ‘Ramsay Hunt Syndrome’, Justin Bieber Batalkan Konsert Di Malaysia?
Konsert ditangguhkan, peminat boleh minta ‘refund’
Sebelum ini, Justin Bieber memberitahu dia menghidap penyakit ‘Ramsay Hunt Syndrome’. Berikutan daripada penyakit tersebut, dia terpaksa batal beberapa konsert di Amerika termasuk menangguhkan konsert di Malaysia.
Sebaik sahaja saya turun dari pentas, saya merasakan kepenatan menyelubungi dan saya menyedari yang saya perlu utamakan kesihatan. Saya akan berehat daripada ‘world tour’ buat masa sekarang. Saya perlukan masa untuk berehat dan jadi yang lebih baik.
Justice World Tour yang patut diadakan pada 22 Oktober 2022 ini akan ditangguhkan dengan tarikh baharu yang akan diberitahu kemudian. Sistem ‘refund’ turut dibuka bermula 7 Oktober sehingga 2o Oktober 2022 ini.
Cara mohon ‘refund’
Untuk memohon bayaran balik atau ‘refund’, pembeli hendaklah menggunakan ‘original’ kad yang digunakan semasa membuat pembelian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. ‘Refund’ mengambil masa dalam 30 hari mengikut bank yang dipilih.
Seterusnya, GoLive Asia akan terus menghubungi anda melalui emel jika bayaran balik tidak dapat diteruskan menggunakan ‘original’ kad. Jika anda masih tidak dapat bayaran balik pada 21 November 2022, anda dikehendaki segera emel ke [email protected].
Sumber: goliveasia_