berita

Justin Bieber Buat Persembahan Dengan G-Dragon & Psy?

September 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Psy & JB

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Justin Bieber kini sedang mengira hari untuk mengadakan konsert di Korea pada bulan hadapan.

Konsert yang julung kali diadakan di negara tersebut akan berlangsung di Olympic Park pada 10 Oktober 2013.

Apa yang menariknya, Bieber berkemungkinan besar akan membuat persembahan bersama penyanyi terkenal Korea iaitu Psy dan G-Dragon.

Screen Shot 2013-09-19 at 11.06.21

Perkara ini mula menjadi persoalan di kalangan peminat sebaik sahaja Bieber mengemas kini status di Twitter berkenaan berita tersebut lewat malam tadi.

GD

G-Dragon mungkin turut serta dalam konsert Justin Bieber

Tetapi jika difikirkan semula, ianya tak mustahil kerana Psy dan Bieber bernaung di bawah label yang sama. Jadi, pastinya syarikat pengurusan mereka akan merancang sesuatu yang hebat untuk persembahan Bieber nanti.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada mereka akan membuat persembahan bersama atau Psy dan G-Dragon cuma membuat penampilan istimewa sahaja.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×