Baru-baru ini kecoh mengenai satu kontroversi membabitkan anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mengaku Bersalah, Apa Yang Diviralkan Adalah Benar’ – Anak Norman Hakim & Abby Abadi
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Didakwa Jadi Penyondol, Abby Abadi Bagi Respon – ‘Tak Pe Sila Komen Dulu, Cari Pahala’
Ali Puteh beri komen?
Terbaharu, pelawak Ali Puteh juga tidak melepaskan peluang memberikan komen dan pandangannya mengenai isu ini di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, memuat naik tangkap layar memaparkan tajuk portal mengenai Abby Abadi yang sebelum ini pernah mengulas mengenai isunya dengan balu arwah abangnya, Hidayah.
Dalam hantaran yang sama, Ali dilihat turut memuat naik laporan berita mengenai kontroversi melibatkan anak kepada pelakon Gerak Khas The Movie III tersebut sambil mendoakan agar keluarga Abby berada di dalam keadaan yang baik sahaja di samping perlu berdepan dengan ujian seperti ini.
2020 berlalu dan kini 2023, moga baik-baik sahaja buat keluarganya.
Kadang-kadang bila terlalu sibuk kain orang, kain sendiri akan terbuka.
Sekadar info, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa Dania Hakim, 18 tahun beberapa hari yang lalu.
Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.
Sehinggalah pada Sabtu, Marissa tampil memuat kenyataan di Instagram (IG) mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga menjadi punca keretakan hubungan rumah tangga Misya dan suaminya yang bernama Aslam.
Namun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah benar dan meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan ibu bapanya atas kesalahan yang dilakukan itu.
Sumber: Instagram