berita

‘Kakak Selalu Utamakan Kami Semua’ – Ucapan ‘Live’ Adik Neelofa Buat Netizen Tersentuh

March 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini menerusi laman sosial di Instagram, berkongsi ucapan istimewa buat anak kesayangannya yang sudah melayari bahtera perkahwinan.

Artikel berkaitan: ‘Berat Tangan Ini Melepaskanmu Sayang…’ – Ibu Titip Ucapan Istimewa Buat Neelofa, Sebak!

Artikel berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Terbaru, adik kepada Neelofa iaitu Athisha Khan berkongsi ucapannya semasa majlis pernikahan kakaknya itu sedang berlangsung.

Five out of nine

Assalamualaikum semua, saya Athisha adik kepada pengantin perempuan. Saya berharap semua orang gembira hadir di majlis pernikahan ini. Untuk kakak Neelofa dan abang Hariz, mereka berdua sudah pasti gembira kerana memiliki antara satu sama lain. Tiada ungkapan indah yang saya ingin ucapkan kepada kamu berdua.

Kakak kamu sangat cantik dan abang Hariz selamat datang ke dalam keluarga kami. Keluarga kita bertambah dua orang sejak minggu lepas iaitu abang Emran dan Aleeysa. Kini, saya ada abang ipar seorang lagi iaitu abang Hariz. Kalian dah lalui macam-macam kenangan dan perjalanan yang baru ini sudah pasti indah buat kakak dan abang. Arwah abah pasti sangat gembira kalau dia ada di majlis kakak.

Menurut Athisha, dia gembira kerana PU Riz sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya. Meskipun pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh mereka, Athisha yakin kakak dan abang iparnya akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Jaga kakak elok-elok

Abang Hariz jaga kakak Neelofa elok-elok dan saya harap kamu tahu yang saya sentiasa ada di belakang kamu. Keluarga saya merupakan keutamaan saya. Abang Hariz jangan lupa beli burger Ramly banyak-banyak, jangan beli ayam okay. Beli daging semua. Kakak Neelofa selalu utamakan kami semua terlebih dahulu daripada dirinya sendiri. Sentiasa beri kasih sayang kepada kami. Oleh itu, saya yakin kakak akan jaga abang dengan baik.

Athisha turut memberitahu bahawa kakaknya seorang yang mengutamakan keluarga dalam apa jua perkara. Oleh itu, Athisha yakin kakaknya akan melakukan perkara yang sama terhadap suaminya kelak.

Terdahulu, majlis Neelofa dan PU Riz yang berlangsung di Hotel Grand Hyyat, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat handai serta beberapa orang kenamaan. Majlis yang bertemakan serba putih itu berjaya mencuri perhatian netizen. Tambahan, menu serta door gift yang diberikan kepada tetamu sangat ekslusif!.

Sumber: Athisha Khan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×