berita

Kaki Dibelit Ular Ketika Sesi Kelas Online, Lagi Kes Kesukaran Capaian Internet Di Kawasan Pedalaman

June 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini viral di laman sosial apabila seorang pelajar sanggup bermalam di atas pokok gara-gara untuk mencapai jaringan internet yang kuat demi menjawab peperiksaan secara atas talian. Kesungguhan dan kegigihan pelajar ini telah membuka mata banyak pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan masalah jaringan yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di pendalaman.

Terbaru, satu lagi jaringan yang berlaku bagi penduduk di sekitar Pekan, Pakan, Sarawak. Isu ini diceritakan sendiri oleh Sadiah Ddarrel menerusi Facebook bahawa penduduk di sekitar kawasannya sukar untuk mendapat liputan jaringan sehingga terpaksa duduk di dalam hutan.

Ulat belit kaki anak waktu sedang belajar

Kalau pelajar Sabah yang berkelambu dalam hutan dapat membuka mata SKMM, Celcom, Digi dan Maxis. Apa beza dengan kami di pendalaman yang tidak jauh dari Pekan, Pakan?

Pernah ular membelit kaki anak saya yang tengah meniarap sewaktu ber-google meet. Tiada istilah tidak ngeris.

Menurutnya, penduduk di sana terpaksa meredah hutan bagi mendapatan liputan jaringan yang kuat untuk melayari internet atas urusan pembelajaran mahupun kerja. Selain itu, dia turut menceritakan pengalaman ngeri apabila seekor ular membelit kaki anaknya sewaktu sedang melayari internet bagi proses pembelajaran atas talian.

Bawa bekas telur nak halau nyamuk

Throwback pembelajaran dalam talian anak saya. Pengajaran dalam talian bagi saya. Berbekalkan bekas telur untuk menghalau nyamuk dan serangga. Bekas polistrin menjadi meja anak selain untuk simpan buku jika hujan.

Tambahnya lagi, dia terpaksa membawa bekas telur untuk dijadikan alat menghalau nyamuk dan serangga lain semasa dia dan anaknya berada di dalam hutan. Keperluan seperti bekas polistrin dijadikan sebagai meja selain membantu menyimpan barang-barang yang penting jika cuaca hujan melanda.

Sukar mendapat liputan internet

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×