Seminggu yang lalu, industri nasyid tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia akibat kegagalan pada organ dalamannya.
Susulan itu, ramai yang mula berkongsi video amalan serta kebaikan yang dilakukan Allahyarham di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Ada Cakap Nak Hidup Sampai Umur 43 Tahun & Genaplah Usianya Pada 12 Oktober Lalu’ – Ina Naim
Suka bersedekah
@ainibakori Sedihnya …perkongsian daripada Aisysmomcare?#kematianyangmenghidupkanjiwa?? ? original sound – Mama_Anishop
Terbaharu, tular satu video memaparkan kebaikan yang sering dilakukan arwah Suhaimi yang dikongsikan sendiri oleh balunya, Ina Naim.
Menerusi video tersebut, Ina mendedahkan arwah suaminya itu sama sekali tidak pernah menanam sifat iri hati bahkan tidak pernah membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain.
Selama saya hidup dengan dia 16 tahun, arwah tidak pernah ada iri hati ke cemburu ke tengok orang yang lebih senang, orang mewah dari dia.
Dia tetap dengan diri dia macam tu, tak ada langsung sifat iri hati. Diri dia memang macam tu dan selalu bersangka baik.
Tambah Ina lagi, arwah Suhaimi merupakan seorang yang suka bersedekah dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Orang susah ke, orang senang ke, miskin atau kaya semua dia akan bantu. Kalau dia nak tolong dia tolong.
Contoh ada duit RM100 dan orang tanya, ‘Boleh tak saya nak minta sedekah sikit?’, ‘Anak saya nak makan’, atau ada yang nak beli pampers ke susu, dia akan bagi RM50.
Kadang-kadang tu dia bagi ja semua.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar perkongsian dibuat Ina mengenai kebaikan yang dilakukan arwah Suhaimi.
Mereka juga menitipkan doa agar roh Suhaimi ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang Rabu di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok