berita

‘Kalau Baju Dah Buruk, Baik Buang Terus’ – Sekarang Siapa Nak Pakai & Buang Ni Semua?

December 31st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Usaha murni rakyat Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang terkesan wajar dipuji. Pelbagai bantuan telah diagihkan semenjak musibah ini berlaku dan ramai juga yang turut turun padang bagi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Artikel Berkaitan: Dah Bagi Bantuan Makanan, Boleh Pula ‘Demand’ – ‘Asyik Lauk Yang Sama Je…’

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kira, Bukan Kedai Ni Free Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Geleng Kepala Lihat Aksi Satu Keluarga Ini ‘Borong’ Bekalan Makanan Percuma

Bagi baju buruk

Namun, di sebalik ‘keghairahan’ orang ramai memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan, terdapat juga individu yang seolah-olah mengambil kesempatan kepada mereka.

Menerusi video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Taufiq Hidayah memaparkan timbunan baju yang berada di dalam sebuah dewan, dipercayai hasil sumbangan daripada orang ramai.

Kalau bagi baju dah buruk, baik buang terus. Jangan kasi mangsa urus sampah anda.

Bagaimanapun, baju-baju yang disumbangkan itu dikatakan sudah buruk dan tidak sepatutnya disumbangkan kepada mereka yang terkesan dek bencana ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon dan menjelaskan perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku.

Video penuh:

@taufiqhidayah11Lokasi mangsa banjir ?? suara asli – sadvibes?

Respon netizen

Sumber: Taufiq Hidayah

SKIP THIS AD ×