berita

‘Kalau Betul Bercinta, Jangan Menyorok Dr Azra’ – Ellie Suriaty Tak Mahu Azri Iskandar Kena ‘Game’

June 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas mendedahkan bakal berkahwin dengan penulis skrip, Dr Azra Diera, dalam masa terdekat, muncul pula wanita ‘F’ yang mengakui menerima lamaran daripada pelakon Azri Iskandar.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Rasa Azri Ada Hubungan Dengan Wanita Lain’ – Ellie Suriaty

Artikel Berkaitan: ‘Ellie Cakap Saya Ada Perempuan Lain Sebelum Cerai Tak Betul! Sumpah Demi Allah’ – Azri Iskandar

Artikel Berkaitan: Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal

Jangan menyorok

Meminta respon daripada pengarah dan pelakon Ellie Suriaty, dia menggesa agar Dr Azra munculkan diri kerana tidak ada sebarang maklumat hasil carian di Internet.

Kata Ellie, 52, dia tidak menghalang Azri untuk kembali berumah tangga tetapi risau kisah cinta ini sekadar permainan.

Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?

Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok.

Ellie ditemui ketika tayangan filem Mat Kilau yang diadakan di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Khamis.

Selain Ellie, filem arahan Syamsul Yusof ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Fattah Amin, Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Nam Ron, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Tak suka orang nak ‘game’

Dalam pada itu, pemilik nama Ellie Suriaty Omar menyatakan dia sudah memaafkan Azri dan enggan menyimpan rasa dendam.

Katanya lagi, perasaan benci terhadap bekas suaminya itu tidak akan timbul kerana mereka pernah hidup bersama selama 19 tahun.

Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

SKIP THIS AD ×