berita

‘Kalau Betul Nak Aku, Jumpa Mama’ – Gadis Kongsi Kisah Romantis Kahwin Di Usia 17 Tahun

January 4th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Cinta tidak mengenal usia dan umur bukan faktor yang menentukan kebahagiaan sesebuah masjid yang didirikan. Begitulah jalan cerita pasangan muda yang viral di Instagram baru-baru ini.

Ameera Nadia, 17 dan cinta hatinya, Muhammad Khaldun,  18 memilih untuk menghalalkan perhubungan mereka setelah dua tahun berkenalan. Tarikh 30 Disember 2017 menjadi saksi hari bersejarah mereka dan sebuah ikatan suci diabdikan melalui sebuah foto dengan hampir 7000 tanda likes di akaun Instagram Ameera. Lebih manis, adalah apabila kami mendengar kisah cinta mereka datang berputik di saat kedua-duanya hampir putus asa. Kalau sudah jodoh, tidak kemana.

Mula sebagai kawan rapat

Awal perkenalan Nadya & Khai since 2015. Masa tu baru je kenal. Nadya pun baru form 3. kitaorg jadi kawan rapat and selalu juga contact each other. Dalam diam rupanya dua dua ada simpan perasaan suka sama suka. Setahun lepastu Nadya fly ke Mesir dan lupakan perasaan pada Khai. Benda ni berlalu selama 2 tahun.

Hampir putus asa sampai satu hari..

Dalam masa 2 tahun, Nadya ada juga stalk Khai sebab nak tahu life dia macam mana & hampir give up sebab orang yang kita sayang bukan milik kita. Tapi one day Nadya dapat satu ws. Baru nadya perasan, orang ni selalu ws benda yang sama. Bila check balik, dia dah ws dari 5 bulan yang lepas. Setiap bulan ws benda yang sama. Rupanya khai ? hati dah rasa berbunga masa tu. Ada ke Khai ws tanya nak ke dia ajar macam mana nak buat bussines. Mana la nadya nak layan. Ingatkan siapa la ws. Nasib tak block ?

Kitaorg pun deal untuk jumpa somewhere lepas masing masing dah habis job. Malam tu juga khai confess selama ni dia dah simpan perasaan kat Nadya. Ya Allah masa tu rasa macam Allah dah kabulkan doa aku selama 2 tahun. Khai siap cakap nak halalkan Nadya sebab dia taknak Nadya jadi milik sesiapa.

Siapa sangka, rupa-rupanya cinta Ameera tidak bertepuk sebelah tangan. Cinta yang terpendam selama ini dibalas dengan niat untuk menghalalkan si gadis.

‘Kalau betul nak aku, jumpa mama aku’

Malam yang kitaorg jumpa tu, Nadya cakap dengan Khai, “kalau kau betul betul nak kat aku, kau jumpa mama aku. Kalau kau dapat ambil hati mama means kau mmg boleh jaga aku” . Malam tu juga Nadya terus jumpa mama and minta pendapat mama sebab seorang ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya kan ? Akhirnya mama setuju untuk jumpa Khai.

Waktu pertemuan mama dan khai, mama rasa senang hati sangat sebab khai memang pandai ambil hati mama. So time ni la kitaorg dah start jadi sangat rapat dan share bisnes. Nadya dan Khai sama sama jatuh bangun dalam bisnes. Waktu ni nadya spm and dalam masa yang sama buat juga part time makeup artist. Tapi bila dah hari hari keluar buat bisnes, tak manis mata memandang so kedua dua belah pihak bagi cadangan untuk terus nikah.

Seperti yang dijangkakan, perhubungan Ameera dan Khai mendapat perhatian netizen. Rata-rata tersentuh dengan kisah percintaan mereka sambil merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan muda itu. Lebih menyentuh hati apabila kita membaca pesanan Khai kepada Ameera:

‘Yang penting jaga solat jaga hubungan dengan ibu ayah’

Khai ni memang idola Nadya dari dulu sebab dialah yang ajar Nadya pasal bisnes. Khai selalu pesan masa muda ni, jangan banyak fikir untuk enjoy, kita muda banyak tenaga. Gunakan tenaga yang Allah bagi untuk cari rezeki. Biar susah sekarang jangan susah kemudian. Yang penting jaga solat jaga hubungan dengan ibu ayah dan orang sekeliling.

Manis sungguh pasangan ini. Kami di OhBulan mengucapkan tahniah kepada Ameera dan Khai, semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Melayari alam perkahwinan di usia yang cukup muda bukan senang, tetapi dengan kecekalan dan pasangan yang memahami, insyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.

Sumber: Instagram Ameera Nadia

SKIP THIS AD ×