berita

‘Kalau Boleh Lepas Kahwin Nak Cepat Dapat Anak’ – Ernie Zakri

August 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Walaupun pernah diasak soalan gara-gara perubahan fizikal, penyanyi Ernie Zakri sekali lagi menafikan desas-desus yang mendakwa dia sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Selepas Hampir Sebulan ‘Ditidurkan’, Ibu Syamel Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: ‘Rupanya Terlalu Singkat Masa Yang Kita Ada’ – Syamel, Ernie Reda Kehilangan Ibu Tersayang

Nak cepat dapat anak

Menurut Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata dia bersama suami, penyanyi Syamel tidak menolak rezeki Allah namun merasakan waktu sekarang tidak sesuai memandangkan mereka masih bersedih dengan pemergian ibu tercinta.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ku Bersuara memohon agar orang ramai tidak putus mendoakan supaya dia dan Syamel dikurniakan cahaya mata.

Siapa saja yang sudah berkahwin mesti mahu menimang cahaya mata dan sudah tentu itu perancangan saya dan Syamel.

Kalau boleh lepas kahwin nak cepat-cepat dapat anak. Cuma waktu sekarang ini, tengah dalam kesedihan selepas ketiadaan umi.

Tolong doakan saya supaya cepat ada rezeki untuk ada anak bersama Syamel. Mungkin rezeki suami saya beri makan itu sebabnya (perubahan fizikal).

Tak akan rahsia

Dalam pada itu, pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, menyatakan dia dan isteri tidak akan berahsia sekiranya sudah tiba masa.

Kami tak ada masalah untuk berkongsi berita gembira. Kalau ada nanti kami sendiri yang akan beritahu kepada semua orang.

Kami tidak akan merahsiakan… bila ada, masa yang sesuai, saya dan Ernie akan beritahu supaya semua orang boleh doa yang baik-baik.

Syamel dan Ernie ditemui ketika sesi temu bual bersama media selepas majlis tahlil untuk arwah ibu, Wan Faaizah Karim pada malam Khamis.

Terdahulu, Allahyarham ibu kepada Syamel meninggal dunia pada Ahad lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.

 

Sumber: Instagram @syamel_official

SKIP THIS AD ×