Pelakon, Datin Seri Noniswara menjelaskan bahawa dia menerima untuk berpoligami selain masih di dalam fasa berduka di atas pemergian suaminya.
Artikel Berkaitan: Noniswara Sedih Dituduh Tak Jaga Suami Masa Sakit, Banyak Fitnah Kena Hadap Seorang Diri -‘Saya Balik Tidur Saja’
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Dengan Arwah Bapa Saya Tidak Pernah Sekali Bercerai’ – Isteri MK K-Clique
‘Arwah orang yang baik’
Menerusi temu bual bersama Melodi, Noniswara berkata dia kini masih berada di Kuala Krau untuk sentiasa menziarahi kubur suaminya iaitu Allahyarham Sheikh Nordin berikutan perasaan rindu yang mendalam.
Dia suka bergurau dan menyakat saya. Saya rindu sangat seorang yang bernama suami. Dia gemar berbual dan suka menelefon saya.
Saya tak sangka suami saya pergi begitu awal, bila dia tak ada saya kenang semua balik. Dekat sebelah rumah agam itu, ada buat rumah. Patutlah dia pernah cakap ‘sayang kalau rumah ini dah siap, saya nak duduk lama-lama dekat sini’. Akhirnya betul, memang dia duduk lama, kebumikan dekat sini.
Sementara itu, Noniswara juga tidak berdiam diri dan menepis dakwaan sesetengah pihak yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah menjaga suami ketika sakit di hospital.
Daripada awal dia sakit sampai penghujung memang saya ada bersama. Netizen semua cakap ‘mana saya? Bila suami saya sakit, saya tak ada’ , itu semua fitnah. Takkan saya nak tinggal orang yang saya sayang. Saya bukan pelawat, saya adalah isteri.
Semasa dia di Institut Jantung Negara ramadan lepas, selama dua minggu dia ada di hospital, saya tak balik langsung. Saya jaga dia. Saya nak berbakti kepada dia di saat-saat akhir.
Saya selalu buat hashtag ‘orang baik selalu difitnah’ itu adalah merujuk kepada suami saya. Arwah adalah orang yang baik, kalau orang buat fitnah saya nafikan, saya abaikan dan tak nak besarkan isu. Tak mengapalah jawablah dekat akhirat siapa yang buat fitnah.
Gelaran Datin Seri
Ketika disoal tentang gelaran Datin Seri yang digunakan, Noniswara berkata itu bukanlah keutamannya sebagai seorang isteri.
Isu tersebut timbul berikutan kenyataan Siti Hajaar baru-baru ini yang menegaskan bahawa ibunya iaitu Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain masih berstatus isteri kepada Allahyarham Sheikh Nordin.
Saya tak boleh jawab soalan ini, hanya Allah yang tahu dan saya tahu. Orang nak kata-katalah, saya tahu di mana tempat saya berdiri.
Bukan saya nak ‘tittle’, saya okay kalau orang nak panggil saya Nonis, itu semua tak penting. Yang penting saya bersama dengan suami saya, bahagia bersama dia. Bukan nak hadap Datin ke Datin Seri ke. Saya pergi ke mana-mana saya bawa nama dia, jadi yang orang panggil saya Datin Seri, itu yang suami saya nak.
Walau bagaimanapun, dia tetap menerima dengan ikhlas untuk berpoligami malah menyifatkan madunya sebagai seorang wanita yang baik.
Saya pun tak kisah kalau bermadu, apa salahnya. Orang kata madu itu manis, saya terima kalau daripada awal suami saya berterus terang dengan saya tapi dia tak berterus terang dengan saya.
Bukan saya tak nak ambil tahu, saya ini jenis orang yang lurus bendul. Sekarang ini bila benda sudah jadi macam ini tak apa saya terima. Sebab arwah dah tak ada, kami nak hidup aman damai.
Kalau dia ‘claim’ dia masih isteri, saya akui. Dia orang pun saya dah anggap macam keluarga saya, dia adalah seorang wanita yang baik. Saya mengenali dia pun masa arwah sakit dia datang. Dia orang yang baik. Saya hormati dia, semasa di hospital kami bersalam-salaman.
Dalam pada itu, Noniswara juga menganggap anak-anak tirinya seperti keluarga sendiri yang merupakan amanah suaminya.
Walaupun mereka anak-anak tiri saya, darah daging suami saya kenapa saya nak benci. Tetap anak saya, saya terima. Itu amanah suami saya, walaupun mereka ada ibu. Tak salah ada ibu kedua kan?
Terdahulu, Allahyarham Sheikh Nordin telah menghembuskan nafaz terakhir pada 1 Oktober jam 10.16 malam. Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk info, Allahyarham Sheikh Nordin merupakan bapa mentua kepada penyanyi rap, MK K-Clique yang berkahwin dengan Siti Hajaar pada 16 Jun lalu.
@melodiberapi Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pelakon Datin Seri Noniswara semoga terus kuat hendakNya.. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok?? #viral #panas #noniswara #syafiqkyle
Sumber: TikTok Melodi