berita

‘Ibu Dengan Arwah Bapa Saya Tidak Pernah Sekali Bercerai’ – Isteri MK K-Clique

October 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

SITI HAJAAR ARWAH AYAH

Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar dilihat bersuara apabila rumah tangga arwah ayahnya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad bersama ibu, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain menjadi bahan bualan di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Bermadu & Bukan Gila Gelaran Datin Seri’ – Noniswara Baharudin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arwah Suami Noniswara Pemilik Rumah Agam Mewah Di Kuala Krau, Dijadikan Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Tak pernah cerai

Siti Hajaar

Menerusi akaun TikTok peminat Siti Hajaar iaitu siti.hajar.syeikh3, satu tangkapan skrin (screenshot) menunjukkan komen balas isteri MK terhadap seorang netizen.

Siti Hajaar menegaskan kedua ibu bapanya tidak pernah bercerai seperti yang didakwa. Kata Siti Hajaar, orang luar lebih baik mendiamkan diri kerana boleh mengundang fitnah.

Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam, takut ia mendatangkan fitnah. Untuk pengetahuan semua, ibu saya dengan arwah bapa saya tidak pernah sekali bercerai.

siti hajaar ibu ayah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Siti Hajaar kerana memberi pencerahan. Selain itu, pengguna media sosial turut memohon diberi ruang kepada Siti Hajaar dan keluarga yang baru kehilangan insan tercinta.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tak habis mempertikaikan gelaran ‘Datin Seri’ yang digunakan oleh pelakon, Noniswara.

Memetik laporan media pada Julai 2022, Noniswara menekankan dia bukan isteri kedua dan gelaran ‘Datin Seri’ tersebut sah digunakan sepanjang bergelar isteri kepada arwah suami.

Pada Ahad lalu, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir, akibat strok, di sebuah pusat perubatan swasta.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×