Gambar sekadar hiasan
Seorang individu mendedahkan terdapat penipuan tawaran pekerjaan sambilan yang menyasarkan golongan wanita untuk melayan lelaki beronani menerusi panggilan video.
Artikel Berkaitan: Remaja Ghairah Seks ‘Kacau’ Kaunselor Penyusuan, Buat Panggilan Video Sambil Onani
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ditolak Ke Dinding Lalu Dicium’ – Pelajar Perempuan Trauma, Didakwa Diganggu Pensyarah ‘Lesbian’
Tengok onani
Menerusi ciapan di Twitter, seorang pengguna berkongsi tangkap layar perbualan antara mangsa dengan lelaki tersebut yang menawarkan pekerjaan sambilan secara atas talian.
Assalamualaikum, ada berminat nak kerja? Perempuan sahaja. Gaji hari dibayar selepas kerja. Umur 17 hingga 30 tahun. Pelajar boleh mohon, RM150 sehari. Hari ini dengan esok atau lusa.
Boleh cari duit lebih. Online sahaja, diutamakan adalah pelajar.
Berdasarkan perbualan tersebut, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dia menawarkan RM500 hingga RM600 kepada mana-mana wanita yang sanggup membuat panggilan video bersamanya sambil melihat dia beronani hanya dalam masa lima minit.
Lelaki tersebut juga memberitahu latarbelakang dirinya dan meminta agar mangsa tidak mendedahkan aibnya itu.
Kerja paling mudah, awak pun boleh dapat duit terus. Tengok je saya lanc*p dalam lima minit. Tak perlu buat apa-apa, saya bagi RM500-RM600. Nak duit lebih, muka tak payah pun tak apa.
Saya Amir dari Pahang, bukan pelajar, umur 24. Jaga aib saya tau.
Lebih parah lagi, lelaki itu juga dilihat seolah-olah ingin memerangkap wanita yang lain dengan meminta mangsa menghalakan telefon bimbit ke arah rakannya.
Kalau awak malu, tapi nak pakai duit kita buat panggilan telefon tapi telefon hala ke kawan awak. Kalau-kalau dia tengah baring pakai singlet ke pakai tuala ke..saya akan lanca*p sambil tengok dia. Sama saya bayar RM500.
‘Jangan terpedaya..’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menasihati kaum Hawa agar lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran seperti itu walaupun dalam keadaan terdesak.
Sumber: Twitter