berita

‘Kalau Sakit, Jumpalah Doktor & Rawat’ – PU Syed Beri Respon Balas Terhadap Kenyataan Iqram Dinzly

June 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Syed telah menegur pelakon Iqram Dinzly secara umum di Instagram apabila tindakan pelakon itu dilihat keterlaluan sehingga mampu mempesongkan akidahnya. Difahamkan, pelakon lelaki itu telah buat Live di aplikasi TikTok bersama dengan seorang remaja dan mengenakan solekan yang mengerunkan, selain mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Artikel berkaitan: PU Syed Bimbang Akidah Iqram Dinzly Terpesong Jauh, Nasihat Dapatkan Rawatan

Terbaharu, PU Syed menerusi Instagramnya berkongsi menerima respon dari pelakon itu dengan kata-kata yang kurang sopan. Dan ini respon balas PU Syed terhadap Iqram Dinzly.

Respon Iqram Dinzly

Difahamkan, sebelum ini Iqram memuat naik posting ditujukan kepada PU Syed yang menyifatkan Pencetus Ummah itu sebagai seorang yang menggunakan agama bagi menjual produk. Tambah Iqram lagi, dia lebih menghormati kepada remaja berkenaan yang berani tampil membuat live bersama dan menegur pelakon itu secara berhemah.

Bukan itu sahaja, pelakon lelaki itu juga menyifatkan PU Syed sebagai seorang yang berlagak dan riak dalam menyampaikan teguran terhadap seseorang. Malah, kapsyen pada posting tersebut turut disertakan dengan tanda pagar see you in court.

Kepuasan apa yang saudara cari?

Sementara itu, PU Syed dilihat membalas kepada respon tersebut dan tegas menyatakan dia enggan melayan seseorang yang berani bermain soal akidah demi memuaskan dirinya sendiri. Malah, PU Syed turut menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya kelakuan dan kenyataan tersebut dilakukan oleh Iqram dalam keadaan dirinya waras.

Walaaikumsalam saudara Iqram. Ambe dok takut jika benda yang ambe tegur itu adalah benda yang betul salah di sisi agama. Ambe tak ada masa untuk melayan seseorang yang bermain dengan akidah Islam untuk kepuasan diri dan nafsunya. Saudara kena sedar, dalam isu melibatkan akidah, seinci pun, kita tak boleh nak usik atau kita permainkannya yang mana mampu menyebabkan seseorang boleh jatuh ke lembah kekufuran.

Ambe tegur dengan baik agar anak muda jangan layan video live saudara dan ambe seru pihak berkuasa agama khususnya, kena ambil tindakan undang-undang jika saudara buat perkara itu dalam keadaan saudara waras. Lainlah jika sebaliknya. Netizen perlu tahu mana yang baik dan mana yang buruk dalam agama. Kalau sakit jumpalah Doktor, rawat sebelum semakin parah! Ribuan yang menonton, kepuasan apa yang sedang saudara cari?! Ambe tak koyak boh, ambe masih steady.

Sumber: PU Syed

SKIP THIS AD ×