berita

Kalau Tak Ada Tu Senyap – Adik Neelofa ‘Melenting’ Ditegur Beli Kasut Tiruan RM12,000?

May 6th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2016-05-05 at 10.11.34 PM

Dek kerana populariti yang dikecapi oleh kakaknya, adik kepada Neelofa atau mesra dengan panggilan Ameera turut menjadi perhatian netizen.

Mana tidaknya, akaun Instagram miliknya kini sudah mencecah lebih 373,000 followers. Selepas beberapa kali viral disebabkan beberapa kes nampaknya kali ini dirinya kembali menjadi buah mulut orang ramai.

Katanya dia dah beli kasut Adidas Yeezy berharga RM12,000 malangnya ia fake? Ada lah yang tegur pasal keasliaan kasut tersebut namun dia tak percaya. Ini responnya.

RM12,000 untuk kasut fake?

adik

Untuk yang tak tahu, kasut tersebut memang mahal kerana direka oleh rapper terkenal Kanye West dan kuantitinya terhad di pasaran.

Sebab itu lah peminat kasut atau ‘kaki’ sneakerheads ini memang kenal sangat dengan ciri-ciri khas kasut yang dibeli adik Neelofa. Kata orang sekali imbas dah tahu original atau fake.

f

I know the price I pay

Screen Shot 2016-05-05 at 10.24.40 PM

Mereka cuba tegur dan ini respon adik Neelofa. Dakwanya kasut tersebut original dan dia ada personal shopper yang belikan kasut tersebut. Kalau tak mampu, baik diam hehe. Iyalah 2000 Pound kot dia beli.

Lepas ramai cakap fake, Ameera dah sudah pun memadam gambar memegang kasut Yeezy ini dari Instagram miliknya.

Screen Shot 2016-05-05 at 10.24.32 PM

Tapi betul ke fake? Ni kami kongsikan video macam mana nak tahu original atau fake.

Sumber : Little Miss Khan, Dinie

SKIP THIS AD ×