berita

‘Kalau Tak Suka Bantu, Jangan Berfikiran Buruk’ – Lufya Pertahan Bantu Lelaki Rusia

May 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu pelakon Lufya Omar berkongsi sebuah rakaman video menyaksikan anaknya iaitu Haura menghulurkan sejumlah wang kepada dua individu warga Rusia yang didakwa terkandas di Malaysia. Setelah diselidik, didapati individu tersebut bukan scammer sepertimana didakwa netizen sebelum ini. Mungkin wajahnya mirip warga Rusia di Temerloh menyebabkan ramai salah faham.

Terbaru, pelakon ini berkongsi perkembangan terkini mengenai keberadaan warga Rusia tersebut. Individu berkenaan dilaporkan telah ditahan dan berada di Pusat Pendaftaran Seremban. Kedutaan Rusia kini dalam urusan untuk menghantarnya pulang ke negara asal.

Akan pulang ke Rusia

Lufya menerima satu mesej sebagai tanda terima kasih dari seorang inspektor daripada IPK Johor berhubung individu warga Rusia itu. Seorang lelaki warga Rusia dikenali sebagai Anthony merupakan pelancong yang terkandas di Malaysia. Dia bukan scammer seperti mana yang didakwa netizen.

Bagaimanapun, pihak kedutaan Rusia kini dalam proses untuk menghantar pulang individu tersebut ke negara asal dalam tempoh masa terdekat.

Alhamdulillah akhirnya Fya dapat tau juga kebenarannya. Video Russian man yang dikatakan scammer itu sebenarnya bukan. Nama Russian man ini Anthony. Bukan Maxim (sila buat perbandingan wajah mereka). Visa dia masih valid (saya tak boleh share) dan Anthony memang stranded tak dapat pulang ke Russia selepas PKP dikuatkuasakan di sini.

Masalah orang kita tak tahu

Lufya menasihati orang ramai agar tidak mudah untuk menilai dan terperdaya dengan kisah viral. Sebaiknya, netizen perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa dakwaan.

Masalah orang kita tak tahu. Janganlah kita cepat menghukum dan mengadili manusia. Kalau kita tak suka bantu orang jangan kita berfikiran buruk pada seseorang tiu. Lufya rasa Fya perlu share juga khabar baik ini dan merahsiakan butiran yang penting tentang Anthony atas permintaan.

Alhamdulillah semoga Anthony dapat pulang dengan selamat. Semoga kita juga rakyat Malaysia yang baik hati jangan cepat dikotori hati dan fikiran dengan isu yang cepat sangat viral tanpa mengetahui kesahihannya. Lufya tak ambil pusing sangat kritikan orang tentang kenapa kami bersedekah untuk orang macam ini.

Tapi apa yang lebih menyedihkan bila orang kita mudah menghukum dan penyebaran maklumat yang salah. Sama-sama kita ambil iktibar isu ini. Selamat beramal. Saya maafkan.

Sumber: Lufya Alaana

SKIP THIS AD ×