berita

‘Kali Pertama Mendakap Bayi Lelaki Zuriat Sendiri’ – Yatt Hamzah Selamat Bersalin Anak Keenam

July 6th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon Yatt Hamzah menerusi hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal walaupun pada mulanya dijadualkan untuk pembedahan (caesarean). Sebelum ini, Yatt Hamzah dan suami telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan dan ini merupakan pengalaman pertama dia dikurniakan anak lelaki.

Artikel berkaitan: ‘Overdue 13 Hari, Tumpah Darah Lendir’ – Yatt Hamzah Kongsi Pengalaman Perit Bersalin Anak Ke 4

Artikel berkaitan: Bayi Terlepas Dari Pangkuan & Jatuh Ke Lantai Setinggi 1 Meter, Yatt Hamzah Pohon Doa

Satu-satunya anak lelaki

Difahamkan, ini adalah kali keenam Yatt Hamzah melahirkan anak. Anak sulung perempuannya yang berusia sembilan tahun merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor. Manakala, perkahwinan bersama suaminya, Zulfadhli Khiruddin dikurniakan tiga cahaya mata perempuan dan seorang telah meninggal dunia.

Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke OT untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa Yang Maha Besar, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 Julai 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yang luar biasa. Hebatnya kuasa doa.. Allahuakbar!

Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke-6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda. Satu-satunya anak lelaki. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.

Pertama kali mendakap zuriat lelaki

Pelakon ini sekali lagi, meluahkan rasa syukur tidak terhingga dan mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mendoakannya. Pada posting sebelum ini, pengikut-pengikutnya meminta agar Yatt berkongsi pengalaman dan tips untuk mendapat zuriat lelaki. Tambah Yatt lagi, dia tidak mempunyai sebarang tips mahu pun petua yang diamalkan untuk memiliki anak lelaki.

Pertama kali mendakap bayi lelaki zuriat sendiri. Perasaannya, Subhanallah luar biasa indah. Menitis air mata dan lidah tak henti-henti mengucapkan syukur. Inilah anak bertuah yang hampir-hampir keluar ikut tingkap. Di saat-saat akhir dapat juga melahirkannya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit lebih 8 jam dan meneran kuat hingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan. Boleh nampak jelas kulit muka Bonda tu penuh bintik-bintik merah seperti freckles. Pengorbanan ibu, asalkan anak yang dilahirkan selamat dan sihat.

Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa-apa tips dan tidak mengamalkan apa-apa melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah. Memanglah teringin anak lelaki tapi tak mengharap apa-apa. Kalau dapat syukur, tak dapat pun syukur. Tak mengharap, hanya berdoa. Jika ada rezeki kami, kami reda apa sahaja yang dikurniakan asalkan anak selamat dan sihat.

Sumber: Yatt Hamzah

SKIP THIS AD ×