Memulakan perjalanan anak seni selepas bergelar juara Dewi Remaja 2009/2010, selebriti terkenal Noor Neelofa menyatakan dia sudah kalis kecaman yang membabitkan perihal peribadi dan kerjaya.
Artikel Berkaitan: Doa Neelofa Buat Muhammad Bilal
Artikel Berkaitan: Neelofa Lega Inai Nunha Terbukti Mesra Wuduk
Jangan baca komen negatif
Ketika sesi temu bual program Wanita Hari Ini, Neelofa bersyukur kerana masih kuat bertahan selama 11 tahun biarpun pernah menempuh fasa trauma.
Kata pelakon berumur 33 tahun itu, dia mengelak untuk membaca komen negatif kerana boleh merosakkan peribadi diri.
Pada awal dulu memang ada fasa trauma tetapi syukur Allah beri kekuatan untuk kekal kuat sehingga hari ini, kalau tidak sudah lama saya tiada dalam industri seni ini.
Kalau boleh jangan baca semua yang negatif sebab semua itu akan masuk dalam hati dan beri kesan kepada hati. Jadi kuat untuk tidak mendengar dan membaca yang orang kata.
Pilih apa yang kita nak baca sebab semua itu membentuk keperibadian kita. Sayang kalau tak jaga sebab hati kita sangat berharga.
Biar apa orang nak cakap
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor juga berkongsi beberapa tips yang diamalkan sepanjang bergelar tokoh masyarakat (public figure).
Bekas hos program MeleTOP ini tidak memerlukan pandangan orang lain kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan.
Apa yang saya lakukan ialah perlu kenal diri dan tahu apakah niat utama kita untuk lakukan sesuatu perkara.
Apa sahaja yang orang cakap, saya akan cakap pada diri sendiri, ‘mereka tidak kenal siapa saya seperti mana saya kenal diri sendiri.’
Kedua, biarlah orang cakap apa sahaja tetapi hanya diri kita tahu apa yang kita buat.
Kemudian perlu tapis fikiran dan jangan mudah beri perkara negatif masuk sehingga mempengaruhi diri dan hati kita. Tapisan kita perlu kuat.
Sebelum ini, Neelofa dikecam selepas kekal dengan pendirian tidak ingin mendedahkan wajah anaknya dan memilih untuk meletakkan emoji pada wajah Muhammad Bilal.
Bukan itu sahaja, inai jenama Nunha didakwa tidak mesra wuduk selain menyifatkan warna inai itu dikatakan seperti kuku lebam terkepit pintu.
Sebagai jalan penyelesaian, isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail memilih untuk bekerjasama dengan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini bagi menjelaskan kekeliruan yang bermain di fikiran orang ramai terutama pembeli inai.
Sumber: Youtube TV3 Official