Pelakon Kamal Adli akui terkilan dengan sikap penganjur ekspo jualan di Singapura yang didakwa ‘lepas tangan’ berhubung isu dia diserang lelaki tidak dikenali..
Artikel berkaitan: ‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Hidup Dalam Ketakutan, Susah Nak Percaya Orang Luar – ‘Tiga Bulan Trauma Tak Keluar Rumah’
‘Saya kecewa dengan penganjur’
Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, penganjur ekspo tersebut tidak pernah menghubungi untuk bertanyakan keadaannya.
Kalau hendak kata kecewa, saya cuma kecewa dengan penganjur, itu sahaja. Sebenarnya selepas kena ketuk, penganjur tidak ada hubungi. Saya cakap begini sebab apa yang terjadi adalah dalam acara dianjurkan mereka.
Penganjur juga tidak sediakan satu pengawal peribadi atau apa-apa, jadi itu bahaya. Mereka tak tanya sampai sekarang, tanya khabar pun tak.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhi individu tersebut kerana bimbang akan memudaratkan orang lain.
Polis cakap kalau pukul di bahagian bawah sedikit lagi boleh mengakibatkan kematian. Perkara ini jadi sangat pantas sebab saya tahu-tahu darah sudah keluar.
Sejak isu ini terjadi, saya tak pernah buka cerita. Kalau tanya saya, gilalah benda ini sebab saya tak ada jawapan.
Lepas itu, pelaku kena penjara selama dua tahun sahaja. Jadi, saya rasa benda ini bahaya untuk orang lain. Kena penjara dua tahun dan lepas itu boleh keluar.
Kalau cakap halusinasi, apa jaminan keselamatan kepada orang lain.
Terdahulu, Kamal diserang seorang individu semasa berada di acara ekspo jualan di Singapura bersama isterinya, Uqasha Senrose pada 12 Mac 2023.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
Pada 31 Januari lalu, warga Singapura dikenali Muhammad Nabil Rashid, 34, dilapor dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura atas kesalahan menyerang Kamal menggunakan belantan.