Seorang lelaki mendedahkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah membantu membiayai kos pembedahan jantung arwah anaknya.
Artikel Berkaitan: Dagu Aafiyah Berjahit Jatuh Skuter, Siti Nurhaliza Kena Marah Dengan Datuk K
Artikel Berkaitan: Peminat Sangka ‘Secret Code’ Lagu Baru Siti Nurhaliza, Rupanya Aafiyah Main Telefon
Tiba-tiba bantuan datang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu berkenaan berkata dia dan isteri menemui jalan buntu apabila anak mereka perlu dibedah akibat mengalami masalah jantung berlubang.
Pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk mengeluarkan tabungan mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sangat mahal.
Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos.
Tanpa disangka-sangka, wakil daripada Simply Siti datang menghulurkan bantuan kepadanya.
Tiba-tiba wakil Simply Siti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.
Difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia selepas tiga bulan selesai menjalani pembedahan. Namun, sebagai seorang bapa dia tetap bersyukur dan berhutang nyawa dengan penyanyi berusia 44 tahun itu.
Dalam masa yang sama, dia turut mendoakan kesejahteraan pelantun lagu Anta Permana itu atas kebaikan yang telah diberikan.
Anak saya sudah tiada, tetapi dia sempat berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami.
Demi Allah perkara ini benar, terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat, hanya Allah mampu membalasnya.
Kami sekeluarga pernah berhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati Allah.
Sumber: TikTok