Selesai saja pelancaran global HUAWEI Mate 30 Series di Munich, kami diberi peluang selama lebih kurang dua hari untuk mencuba sendiri kehebatan kamera telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro.
Fuh! Hasil gambarnya memang tak boleh disangkal lagi, memang luar biasa wei. Admin yang tak berapa pandai nak ambil gambar pun tiba-tiba dapat hasilkan gambar macam photographer ‘profesional’.
Artikel Berkaitan: Telefon Pintar Terbaru HUAWEI Mate 30 Series Dilengkapi Teknologi Terbaik Dunia!
Kalau korang nak tahu, peranti HUAWEI Mate 30 Pro ini hadir dengan quad-kamera 40MP f/1.6 SuperSensing Wide, 40MP f/1.8 Ultra-lebar Cine, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor 3D Depth Sensing.
Ia juga mempunyai keupayaan tetapan ISO sehingga 409600, 3x kali optikal zoom, 35x kali digital zoom dan 45x kali jarak zoom, Pro Bokeh dan Dwi OIS + AIS.
Selain itu, peranti ini juga mampu merakam video 4K dengan 60fps dan slo-mo pada kelajuan sehingga 7680fps jika merakam 720p. Bagi kamera swafoto, ia hadir dengan 32MP RGB + 3D Depth.
Secara teknikalnya, kamera HUAWEI Mate 30 Pro memang layak dinobatkan sebagai kamera telefon pintar terbaik setakat ni. Jom kita tengok hasil gambarnya pulak.
Normal
Dalam tetapan normal saja pun gambar dah cun, inikan pula kalau korang betul-betul explore keupayaan kamera HUAWEI Mate 30 Pro ni. Confirm, melopong kalau orang tengok.
Bokeh
Admin yakin bila bergambar, hampir semua orang suka dengan efek bokeh kerana subjek dalam gambar nampak lebih menyerlah. Lihat saja hasil bokeh pada kedua-dua gambar ini terbaik wei.
Setakat ini, teknologi kamera HUAWEI Mate 30 Pro sangat memuaskan hati sebab pembahagian efek bokeh dengan subjek pun jelas terutamanya pada bahagian rambut.
Swafoto
Bagi korang yang suka selfie, admin yakin korang mesti jatuh cinta dengan telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro. Kamera hadapannya sangat jelas dan yang paling penting tak ada masalah kalau nak selfie ramai-ramai sebab memang cukup lebar!
Makro
Apa yang lebih mengagumkan, kamera HUAWEI Mate 30 Pro juga mampu mengambil gambar makro dengan kualiti yang sangat baik. Buktinya, subjek yang diambil pada jarak dekat kelihatan begitu detail seolah-olah ia boleh disentuh.
Zoom
Macam yang admin maklumkan awal tadi, kemampuan zoom bagi kamera HUAWEI Mate 30 Pro pun tak kurang hebatnya. Apa yang pasti, ia lebih power berbanding kamera Mate 20. Gambar di bawah ini masih jelas dan berkualiti walaupun dah 10X zoom.
Mod malam
Sebagaimana yang selalu kita dengar, keupayaan nightmode adalah antara faktor pelaris bagi peranti HUAWEI sejak dulu lagi. Sehingga kini, masih belum ada pengeluar yang mampu menandingi penawaran HUAWEI ini.
Berdasarkan percubaan pertama kami menggunakan tetapan mod malam, boleh dikatakan hasil gambarnya lebih power berbanding peranti HUAWEI lain yang sebelum ini.
Walaupun gambar diambil tanpa tripod, kualiti dan ketajaman yang mampu dirakam memang mengagumkan. Paling penting, Mate 30 Pro ada julat dinamik yang lebih luas.
Nantikan kemunculannya di Malaysia!
Setakat hari ini, HUAWEI Mate 30 Series terus menerima sambutan hangat di pasaran global. Kami yakin rakyat Malaysia dah tak sabar menantikan kemunculan raja segala telefon pintar ini di pasaran Malaysia kelak.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk dan peranti lain yang ditawarkan oleh HUAWEI, jangan lupa untuk layari laman sesawang HUAWEI sekarang!