Lembah Temir! Pastinya destinasi percutian yang kami yakin korang mesti teruja untuk ke sana selepas membaca artikel kami ini. Buat yang tidak pernah mendengar tentang Lembah Temir Eco Resort, teruskan bacaan.
Selain penginapan yang menarik, antara aktivit lain di sini yang membuatkan Lembah Temir ini destinasi wajib korang pergi ialah adanya dusun buah-buah, air terjun, malah boleh mandi manda bersama ikan kelah!
Nak tahu dekat mana? Jom ushar 5 sebab korang kena book cepat-cepat dan datang ke sini! 80 ekar kot kawasan dia, pasti puas hati.
Dekat je, hanya 100KM dari Kuala Lumpur
Untuk ke Lemah Temir ini tak lah jauh sangat dan susah mana. Kalau dari Kuala Lumpur, ia boleh dimasuki menerusi dua jalan besar iaitu menerui Felda Mempaga di Lurah Bilut atau menerusi Jalan Sungai Ruang di Raub.
Jarak Lemah Temir dari Raub kira-kira 45 km. Sepanjang perjalanan masuk ke sini korang akan lalui dusun dan kawasan kelapa sawit. Tunggu sehingga korang sampai ke Lembah Temir ini, pasti terpukau lah!
Nah siap GPS koordinat kami sediakan 3.728801,101.994924
Kawasan homestay berhampiran air terjun!
Di sini disediakan beberapa buah resort yang dibina di puncak bukit batu atau dipinggir air terjun. Seeloknya kami sarankan sebelum pergi, baik call dulu tanya pakej-pakej yang disediakan. Pergi balik hari pun boleh.
Dari jendela resorg korang boleh tengok pemandangan menarik sambil mendengar nyanyian burung dan percikan air terjun. Fuhh, nyamannya.
Jangan lupa try Musang King
Memandangkan kawasan penginapan Lembah Temir ini berhampiran dengan dusun buah-buahan, korang kena try Durian Musang King atau D24 bila ke sini. Khabarnya durian di sini di export ke Singapura.
Tak makan durian, buah-buahan lain pun ada.
Kena ingat juga buah pun ada musim. Sekali lagi kami sarankan call tanya dulu. Takut kecewa dikemudian hari je.
Mandi air terjun dengan ikan kelah + Ikan koi yang manja
Mandi dekat air terjun bersama dengan ikan kelah, pastinya satu pengalaman baru buat korang semua.
Di sini juga terdapat kolam memelihara ikan koi. Yang menariknya, manja-manja pula tu. Siap boleh beramah mesra lagi.
Ruang riadah, karaoke
Konsep dekat sini memang menarik, sesuai sangat untuk buat family day atau beriadah dengan kawan-kawan. Juga terdapat ruang karaoke. Nyanyi tak sedap jangan risau sebab dekat hutan tiada orang dengar hihi.
Selain itu boleh BBQ.
jadi tunggu apa lagi. Okay sebelum itu kami nak belanja video sekitar kawasan Lembah Temir. Enjoy! Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Zulfakar 014-5228899 atau En. Hafiz 019-2310400.
Sumber : Lembah Temir Raub, Temir Valley Malaysia