berita

Kami Temui Resort ‘Tersembunyi’ Di Lereng Bukit, Boleh Mandi Sungai & Memancing…Hulu Langat Je!

March 2nd, 2016 | by Wan
Travelogue

coverajla

Diam tak diam sekarang dah masuk bulan Mac. Kebiasaannya kalendar bulan Mac ini akan ada cuti persekolahan penggal selama seminggu. Jadi korang dah plan nak bercuti ke mana?

Masih awal lagi nak gunakan annual leave dan bajet pun sikit? Nah, satu lagi tempat percutian best, menarik, murah dan cuma 30 minit dari Kuala Lumpur! Tak payah plan bercuti jauh-jauh.

Ajlaa Village Resort

ajla6

Suasana yang menarik terletak di lereng bukit, Ajlaa Village Resort memang sesuai untuk korang bercuti bersama pasangan, rakan-rakan dan keluarga tersayang.

Untuk korang yang sangat suka dan menghargai alam sekitar, tempat ini memang sesuai! Udaranya yang segar teringat dekat kampung halaman.

Floating chalet, hill site view room dan banyak lagi

ajla20

Apa yang menariknya di Ajlaa Village Resort ini, korang boleh pilih untuk menetap chalet di atas bukit atau chalet yang terletak di atas air.

Harga ‘mampu milik’

ajla5

Harga untuk Floating Chalet cuma RM120/malam dan sangat sesuai untuk suami yang kaki pancing tu. Kira bangun tidur je terus memancing. Malam-malam sambil lepak pun boleh memancing kan?

ajla21

Untuk yang baru mendirikan rumah tangga tu, hill site view room memang sesuai dan berharga RM130/malam. Family room pula berharga RM200/malam. Bungalow pula RM950/malam, mengandungi 7 bilik.

Air kolam dari air bukit

ajla9

Di sini terdapat dua kolam mandi disediakan oleh pihak resort iaitu kolam kanak-kanak dan dewasa. Apa yang menariknya ialah air kolam tersebut tiada klorin kerana ianya air segar dari bukit.

Jungle trekking menjejaki sungai

Screen Shot 2016-03-01 at 11.50.10 PM

Dekat sini memang banyak aktiviti yang korang boleh buat antaranya jungle trekking dan waterfall walk. Untuk jungle trekking ada 3 level iaitu easy, medium & hardcore. Yang hardcore tu mengambil masa selama sejam lebih untuk sampai ke kawasan air terjun.

ajla12

Sungai dekat sini memang best dan segar ‘gila’! Jom rancang percutian cepat-cepat, lambat memang penuh lah nanti.

Facebook : Ajlaa Village Resort

Website : Ajlaa Village Resort

Address : Batu 22, Sungai Lepuh, Jalan Hulu Langat, 43100 Selangor.

Contact : 019-8154750, 017-2931955

ajla1

Sumber : Ajlaa Village Resort, Iqstudio.my

SKIP THIS AD ×