Suatu ketika dahulu, nama penyanyi, Linda Rafar ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital terhadap arwah ibunya.
Artikel berkaitan: Upload Gambar Jururawat Di Instagram, Linda Rafar Dituntut Mohon Maaf & Gantirugi Fitnah
Artikel berkaitan: ‘Hanya Pertahankan Hak Ibu’ – Imej & Reputasi Tercalar, Linda Rafar Mahu Saman 100 Netizen
Terbaru, sempena hari ulang tahun kelahiran Linda iaitu pada hari ini, dia telah memberi sedekah makanan buat kakitangan yang berkhidmat di hospital berkenaan. Tambahnya, sedekah tersebut diniatkan khas untuk arwah ibunya iaitu Rasimah binti Abd Rahman.
Kami tidak pernah bergaduh
View this post on Instagram
Allahuakbar. Bismilahirahmannirrahim. Perjalanan hidup ini. Setiap hari ini la tempat yang linda serta adik beradik datang setiap hari untuk jaga arwah mak. Sempena hari kelahiran linda 11/2/1978 linda dengan rasa rendah hati ingin memberitahu kepada semua masyarakat serta netizen dekat luar sana yang linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak Hospital Seksyen 7, Shah Alam. Kami tidak pernah bergaduh atau saman menyaman. Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menanguk di air yg keruh. (cukup la itu yg linda ingin jelas kan). Syukur, Alhamdulilah kedatangan linda pada petang semalam di sambut dengan penuh keceriaan, segala keikhlasan. Tujuan serta niat adalah untuk disedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman).
Menurut Linda, Hospital Shah Alam merupakan tempat dia dan adik beradik kumpul sebelum ini. Ini kerana, mereka akan menjaga arwah ibu di hospital berkenaan. Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak hospital tersebut dan mereka tidak pernah bergaduh mahupun saman menyaman. Ujarnya lagi, kedatangannya itu disambut baik oleh semua kakitangan hospital tersebut.
Terima kasih petugas barisan hadapan
Kepada barisan hadapan kami, terima kasih atas segala yang anda lakukan. Pengorbanan anda dalam malam tanpa tidur dan jadual harian yang tidak teratur memerlukan kekuatan yang amat tinggi. Terima kasih kerana berperanan besar dalam membendung wabak COVID-19 ini. Ramai pesakit telah anda bantu dari awal sampai akhir. Bantuan yang diberi kepada kami semua seolah-olah anda berjalan dalam api untuk menyelamatkan kami semua. Kami mengucapkan terima kasih atas kekuatan, dedikasi dan kasih sayang anda. Moga doa linda ini kembali kepada anda. Amiin.
Dikesempatan yang ada juga, Linda meluahkan ucapan terima kasih buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19. Ujar Linda, pengorbanan dan bantuan yang diberikan oleh semua petugas barisan hadapan itu turut dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sumber: Linda Rafar