berita

‘Kamu Pasti Dapat Melalui Semua Ini’ – Marshanda Beri Sokongan Buat Nia Ramadhani

July 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie ditahan polis tempatan atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu. Hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan tersebut mendapati mereka positif syabu. Manakala, pemandu mereka turut positif dadah jenis metaphetamine.

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Marshanda memberi kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu. Menurut Marshanda, dia sentiasa berada di samping Nia Ramadhani walau apa jua keadaan.

Kamu kuat untuk lalui semua ini

Kamu selalu ada bersama aku ketika waktu susah. Aku tahu ini merupakan ujian daripada Allah buatmu sahabat. Kamu pasti boleh melalui semua ini dan menjadi lebih kuat untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa ambil peduli mengenai dirimu.

Ujar Marshanda, dia menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang dimiliki oleh semua sahabatnya. Malah, dia tidak pernah berasa hebat dan sanggup menilai keburukan yang dilakukan oleh sahabatnya itu. Jelas Marshanda, dia pernah melalui zaman kejatuhan, kebangkitan, kekalahan dan kemenangan juga.

Oleh itu, Marshanda berharap setiap individu memberi ruang buat Nia Ramadhani untuk perbaiki kehidupannya semula dan belajar untuk menjadi manusia lebih baik. Sebagai sahabat baik, Marshanda memberitahu dia sentiasa berada di sisi Nia sekiranya pelakon ‘Bawang Putih Bawang Merah’ itu memerlukan sokongan, pertolongan, kasih sayang dan tempat untuk mengadu.

Perlu sahabat macam ni

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Marshanda kerana sentiasa memberi sokongan buat sahabat baiknya itu. Menurut netizen, Nia Ramadhani memerlukan sokongan daripada keluarga serta sahabat pada waktu ini agar terus menjadi kuat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: Marshanda

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×