Di Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki terputus telinga kirinya selepas digigit rakan di tempat mengaji.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 8 Orang Terperangkap Dalam Kereta Kabel Termasuk 6 Kanak-Kanak
Telinga digigit sehingga putus
Dikatakan kejadian tersebut terjadi ketika mangsa yang berusia 12 tahun sedang mengikuti kelas mengaji bersama rakannya sekitar jam 4 petang pada Rabu lalu.
Ketika kelas tersebut, ustaz menyuruh anak muridnya membaca ayat al-Quran dan berselawat.
Oleh kerana bacaan terlalu panjang, dia membahagikan tugas kepada dua dengan meminta mereka membaca secara bergilir dan mendengarkan bacaan masing-masing.
Bagaimanapun, sewaktu mangsa membaca, suspek enggan untuk mendengar lalu tercetus pergaduhan antara mereka berdua. Lalu suspek bertindak menggigit cuping telinga rakannya sehingga putus.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pasuruan, Aipda M Junaidi berkata, mangsa dihantar ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala, kes itu masih dalam siasatan kerana kedua-duanya masih dibawah umur.
Sumber: Radar Bromo