Pengalaman pahit yang dialami seorang kanak-kanak enam tahun di China yang cedera teruk akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri selama 12 bulan telah mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial China.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Didera Lebih Lama, Mungkin Anak Awak Boleh Meninggal Dunia’ – Wanita & Rakan Tomboy Dipenjara 14 Tahun
Artikel Berkaitan: Remaja 17 Tahun Cedera Ditumbuk Teman Lelaki Ibu
Tidak boleh berjalan
Menerusi laporan South China Morning Post,mangsa yang bernama Xuanxuan, kehilangan bahagian bawah kakinya akibat kerosakan pada saraf optiknya dan mengalami epilepsi selepas didera oleh ibunya.
Suspek berusia 35 tahun itu, yang menggunakan nama samaran Gu Xiaoli itu telah didakwa di mahkamah kerana melakukan kekejaman terhadap anaknya.
Bapa Xuanxuan, Men, telah merantau ke kampung halamannya wilayah Anhui untuk bekerja dan hanya sekali-sekala berkunjung ke rumah untuk melihat keluarganya. Disebabkan itu mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan kakak tirinya.
Xiaoli mula mendera Xuanxuan pada Februari 2022 dan pada Januari lalu, Men menerima panggilan daripada Xiaoli yang memberitahu bahawa Xuanxuan tidak boleh berjalan dan sakit.
Men kemudian bergegas pulang ke rumah dan menyedari anaknya mempunyai kecederaan di kepala. Doktor memberitahu bahawa anaknya mengalami gegaran otak dan pendarahan dalaman.
Bukan itu sahaja, bahagian bawah kaki anaknya itu terpaksa dipotong kerana kerosakan akibat radang dingin.
Sementara itu, Men berasa curiga dan menyatakan bahawa Xiaoli telah mendera Xuanxuan, lalu dia menghubungi polis.
Siasatan mendedahkan bahawa Xiaoli telah melayan budak lelaki itu dengan tahap kezaliman yang teruk termasuk memukul, menolaknya ke bawah tangga dan memaksanya makan najis.
Apabila anak saya bersama ibunya, dia kelihatan seperti orang bodoh.
Kes itu telah dibicarakan pada 12 Oktober, tetapi keputusan masih belum diputuskan.
Sumber: South China Morning Post