Foto: Daily Star
Malang nasib yang menimpa seorang kanak-kanak di Goias, Brazil selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah gelongsor air yang dialihkan berketinggian 13.716 meter.
Mangsa dikenali sebagai Davi Lucas de Miranda berusia 8 tahun dikatakan menaiki gelongsor di Taman Air Acqua Roma pada Ahad lalu namun tidak menyedari gelongsor tersebut sedang dalam penyelenggaraan.
Artikel Berkaitan: Gadis Cantik Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Fun Fair’
Kisah tragis
Foto: Daily Star
Memetik laporan media tempatan, mangsa masih hidup ketika diselamatkan namun meninggal dunia ketika berada di hospital. Ketika kejadian papan pemberitahuan dan sekatan yang diletakkan didakwa tidak mencukupi sehingga menyebabkan empat gelongsor air kelihatan seolah-olah dibuka kepada orang ramai.
Bagaimanapun sebahagian daripada tiga gelongsor air dipercayai telah dialihkan namun tidak dapat dilihat dari permulaan gelongsor tersebut. Ujar pihak polis, mangsa ketika itu berjaya melepasi sekatan (jalur pita) yang diletakkan di pintu masuk permainan itu.
Mangsa ketika kejadian dikatakan memanjat ke permulaan gelongsor lalu memasuki salah satu daripadanya. Ketika itu hanya satu pintu masuk ke empat gelongsor itu ditutup dan mangsa dipercayai memasuki tiub gelongsor yang dibuka.
Mangsa terjatuh
Foto: The Sun
Bercerita lebih lanjut, mangsa terjatuh pada ketinggian 13.716 meter sebelum menghempap rangka kayu dan besi yang menyokong gelongsor berkenaan serta berguling ke dalam kolam sedalam 71.12 sentimeter (sm).
Difahamkan, mangsa terlepas daripada pengawasan bapanya selepas dia dipercayai ditinggalkan oleh bapa dan adiknya yang ketika itu menggunakan bilik air.
Kini pihak polis masih menjalankan siasatan dan mangsa telah dikebumikan di kampung halaman keluarga di bandar Conselheiro Lafaiete, negeri Minas Gerais pada Isnin lepas.
Sumber: Daily Star & The Sun