berita

Kantoi Buat Video Tiktok Masa Praktikal, Dua Pelatih Perubatan Kena ‘Halau’ Balik

July 29th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Gara-gara kantoi buat video Tiktok ketika menjalani latihan industri di sebuah hospital di India, dua orang pelatih perubatan telah dikenakan tindakan disiplin dan diarah pulang ke kolej mereka serta merta.

Menerusi laporan The News Minute, perbuatan kedua-dua pelajar itu yang kantoi buat video Tiktok ketika waktu bekerja sama sekali menyalahi peraturan hospital tersebut.

Buat 4 video Tiktok

Kedua-dua pelajar itu dilaporkan membuat empat video ketika di hospital semasa ketiadaan pesakit. Mereka merakamkan semula babak filem dan menyanyi lip sync untuk kandungan video tiktok mereka.

Selain daripada tindakan undang-undang, pihak hospital turut mengeluarkan memo kepada Jabatan Fisioterapi bahawa para pelatih seharusnya menghabiskan masa enam bulan di hospital untuk menjalani latihan industri dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin namun kedua-dua mereka telah dihantar kembali ke kolej selepas tiga bulan setelah menerima surat tindakan tatatertib dari Ketua Jabatan Fisioterapi.

Dua pelajar di dalam video TikTok itu merupakan pelajar pelatih di Jabatan Fisiologi dari kolej berbeza yang menjalani latihan industri di sini.

Sebelum ini seramai 11 orang pekerja di hospital yang sama telah dikenakan undang-undang kerana kantoi membuat video Tiktok sewaktu bekerja. Antara tindakan yang dikenakan ialah pemotongan gaji dan dipindakan ke bahagian lain.

Sumber: The News Minute

SKIP THIS AD ×