berita

Awasi Anak-Anak Anda, Kartun Popular Di Youtube Ini Pamer Kandungan Bahaya

February 27th, 2019 | by Ai
Kini Trending

gajet

Kecanggihan teknologi yang semakin berkembang mempunyai banyak kebaikan dan memudahkan kehidupan seharian kita. Telefon bimbit, komputer mahupun tablet antara alat komunikasi yang wajib dimiliki bagi setiap orang.

Bagi segelintir ibu bapa, penggunaan alat komunikasi tersebut amatlah berguna untuk ‘memujuk’ anak yang sedang merengek. Buka apa-apa sahaja kartun animasi di Youtube, anak-anak pasti suka. Walaupun begitu, sangat penting untuk anda memantau setiap kandungan yang ditonton oleh mereka. Seorang ibu kongsi beberapa kandungan kartun berunsur keganasan.

Kena sentiasa pantau anak

gajet

Ibu bapa: Tolong, tolong, tolong pantau anak anda ketika mereka menonton kartun di Youtube. Pastikan anda menonton bersama mereka! Pengawasan daripada anda sangatlah penting. Ini kerana, terdapat beberapa animasi kartun hanya menyamar menggunakan watak itu untuk menyebarkan perbuatan negatif kepada anak-anak.

Baru-baru ini, saya telah menonton kartun ‘Peppa Pig’ bersama anak. Saya dapati, kartun ini agak pelik kerana membawa unsur-unsur keganasan sekaligus menakutkan. Channel di Youtube itu seakan menyamar dengan menggunakan watak kartun ‘Peppa Pig’  dengan menukar kepada perwatakan yang lebih pelik dan menakutkan.

Watak yang pelik dan menakutkan

gajet

Lagi sekali saya tegaskan supaya ibu bapa sentiasa berhati-hati dengan kandungan yang ditontoni oleh anak-anak. Ini kerana, Channel tersebut menggunakan kaedah ‘autoplay‘ untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sebenarnya, baru saya tahu bahawa ia merupakan fake video yang menggunakan karekter kanak-kanak. Mereka memuat naik video-video tersebut pada kedua-dua saluran sama ada di Youtube Kids mahupun saluran yang biasa kerana pihak Youtube tidak memantau setiap kandungan tersebut.

Kandungan perlu dipantau

Selain daripada video, ibu bapa juga perlu mengetahui bahawa kandungan permainan dalam talian juga perlu dipantau. Ini kerana terdapat aplikasi tersebut yang menggunakan watak kanak-kanak dalam unsur keganasan. Sentiasalah pantau anak-anak.

Contoh karekter menakutkan

gajet

gajet

Macam mana nak report?

gajet

Sekiranya anda mengenalpasti mana-mana video yang berunsurkan keganasan seperti kartun ‘Peppa Pig’ ini, boleh ‘report’ dengan cara:

1) Klik butang seperti (“…”) di bawah video yang ditonton.
2) Cari pilihan “Report”, dimana ada lambang bendera.
3) Pilih jenis kesalahan (violation) video.

Sumber: Linda Nguyen

SKIP THIS AD ×