Pelakon, Ellie Suriaty, berdoa agar bekas suaminya, Azri Iskandar bertemu jodoh yang jauh lebih baik daripada dirinya. Pada masa yang sama, Ellie memberitahu bahawa tidak manis sekiranya dia mengulas berlebihan mengenai kehidupan terkini Azri memandangkan status mereka bukan lagi sebagai suami isteri.
Artikel berkaitan: ‘Tak Jadi Guna Nama Azri Alexander’ – Azri Iskandar
Artikel berkaitan: Kekasih ‘Busy’ Tak Sempat Jawab Soalan, Peminat Ingatkan Azri Iskandar Jangan Sampai Kena ‘Scam’
Artikel Berkaitan: Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis
Artikel Berkaitan: Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal
Semoga jumpa lebih baik
Menerusi laporan Kosmo, Ellie berkata anak-anaknya sering berkongsi artikel mengenai bapa mereka. Ujar Ellie, dia berharap Azri bertemu dengan wanita yang baik dan bukannya seorang scammer (penipu) seperti didakwa ramai.
Apa sahaja kenyataan saya, orang lain akan terasa, lagi pula dia (Dr. Azra) bukan orang industri walaupun ada yang kata dia seorang penulis skrip. Tentang hal wanita tersebut, anak-anak juga ada hak untuk ambil tahu sebab berkaitan bapa mereka. Namun, bila cari, tak jumpa pula tentang dirinya dalam carian internet.
Tambahnya lagi, keprihatinan diberikan terhadap kehidupan Azri ketika ini ialah bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa dalam situasi yang tidak sepatutnya.
Dia tetap bapa kepada anak kami
Bercerita lanjut mengenai wanita yang dikatakan scammer itu, Ellie memberitahu anak-anak tidak pernah dibawa untuk berjumpa bakal ibu tiri mereka itu.
Saya bukannya jenis manusia yang jika tiada pertalian lagi, semuanya sudah berakhir. Dia tetap bapa kepada anak-anak kami. Selama 19 tahun hidup bersama, sudah tentulah ada rasa empati. Kasihan sekiranya benar dia memang dipermainkan oleh scammer, kalau boleh pilihlah wanita yang baik. Bahkan, dia pun tak pernah bawa anak-anak bertemu dengan wanita tersebut. Individu tersebut wujud tetapi tidak tahu identitinya sehingga hari ini. Bila timbul banyak kekeliruan sebegini, anak-anak yang menjadi mangsa.
Sumber: Kosmo