berita

Kasihan Lihat Seorang Anak Dimarahi & Dipukul Ibu Di Khalayak Ramai, Lelaki Ini Beranikan Diri Untuk…

August 4th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanmarahanak

Bila si anak tidak menuruti apa yang disuruh dan membuat kesalahan, ramai ibu bapa hari ini menghukum anak di khalayak ramai tanpa memikirkan air muka mereka. Percaya atau tidak perkara seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak kita.

Hasilnya anak mula menjauh dari ibu bapa, memendam perasaan dan mula bersikap kurang ajar. Semuanya gara-gara tindakan kita. Lelaki ini terserempak dengan seorang ibu yang memarahi dan menampar anaknya di khalayak. Sedih melihat situasi terbabit, lihat apa yang dilakukan.

“Abah ajar lagi ye?”

k

Semalam sewaktu mengajar anak sulung sy berumur 5 tahun menyiapkan homework subjek matematik tadikanya, sy telah meninggikan suara yg x pernah sy keluarkan setinggi itu dihadapannya.

Ye lah.. sudah 10x sy ulang, masih x faham2.. sabar sy mmg setakat 10x shj, jarang lebih dr itu. Dan sy juga mmg seorang guru yg sgt garang jika pelajar itu darah daging sy sendiri. Mungkin mewarisi aura mengajar ayah sy dl.

Dl sy kebal dgn melanggar perintah ayah sy yg marah jika sy mandi sungai, tangkap ikan, turun bendang secara berlebih-lebihan. Sy bersedia bertentang mata dgnnya. Xda hal lah.

Tp sy mmg pengecut jika belajar math dgn ayah sy. Garangnya tanpa belas kasihan. Jiran2 selang 2 daun pintu pn masih blh dgr sy dimarahi jika gagal memahami subjek math yg diajarnya.

Semalam selepas habis sejam sy mengajar anak sy, sy plak yg termenung. Sy tahu sy salah. Tidak semua manusia dilahirkan cepat faham. Selepas tamat mengajar, sy cium dahinya dan mengambil tangannya utk bersalam serta berkata “maafkan abah” sebanyak 7x. Sy bg dia tidur lewat dan benarkan menonton kartun kegemarannya, big hero 6.

Pg td sewaktu menghantarnya ke tadika, dia berkata, “abah, hr ni abah ajar ‘kita’ lg ya matematik”. Sy sedikit sebak… Lalu sy memberitahu “hr ni abah xnak ajar matematik. Ptg nnt kita g mandi kolam jer. Esok baru belajar matematik balik”.

Hanya seorang bergelar ayah jer faham perasaan sy ketika itu.

Surat untuk makcik

srt

Td di KL sewaktu sy memborong stok tudung di gudang utk tempahan pelanggan sy, sy melihat seorang ibu yg menjerit, menampar dan memarahi seorang anaknya yg berumur kira2 10 tahun kerana membuat adiknya yg berumur 5 tahun menangis.

Jeritan amarah tersebut sudah cukup membuatkan org2 dlm radius 30 meter dr ibu tersebut memberi tumpuan kpd situasi tersebut. x terkecuali juga sy.

Sy segera meninggalkan ibu tersebut dan mencari sehelai kertas dan menulis sebuah ‘karangan’ yg x berapa ringkas utk diberi kpd ibu tersebut.

karangan itu berbunyi,

“Assalamualaikum… puan… maafkan sy kerana mengganggu hal rumah tangga puan. Sy melihat suatu keadaan yg sy rasa sy patut tegur dlm suasana tidak menjatuhkan air muka puan di depan org ramai dgn menegur melalui surat ini.

Sy rasa perbuatan puan memarahi anak puan dgn kuat di depan org ramai sebentar td adalah tidak betul pd pandangan sy.

Ya sy tahu, kita suma ada sifat amarah jika sabar kita sudah sampai hadnya. Namun puan perlu sedar yg setiap manusia juga ada air muka walaupun dia seorang bdk sekecil 3 tahun.

Justeru memarahinya di depan org ramai adalah sesuatu perkara yg salah pd sy. Puan boleh bawa dia ke tempat antara puan dan dia shj. Kemudian lepaskanlah kemarahan dgn niat mendidik, bkn kerana amarah.

Sy mengambil keputusan menegur ini kerana sy melihat wajah “malu” pd muka anak puan, bukan wajah “takut” ataupun wajah “menyesal” atas kesalahannya.

Anak puan berkali2 melihat org2 di sekelilingnya yg menonton beliau dimarahi. Anak puan menundukkan wajah setiap kali bertentang mata dgn yg melihat kerana berasa malu kerana dimarahi begitu.

Dan sy yakin org2 di situ juga tidak bersetuju dgn tindakan puan yg berlebih2han memarahi anak puan di depan semua org.

Maafkan sy atas teguran ini. Sesungguhnya ingat memperingati bermanfaat utk org mukmin. Mungkin 1 hr nnt puan pula yg mengingatkan sy.”

Sy akhirkan tulisan sy di situ. Teringatkan beberapa kisah Rasulullah saw.

Alangkah hebatnya baginda saw yg mampu menahan amarah baginda. Baginda jika marah, hanya berpaling dari situ dan wajahnya berubah kemerahan. Itu shj. Tidak pernah tinggi suara apatah lg mengangkat tgn.

Dan baginda saw sgt syg dan muliakan kanak2. Semoga Allah bg sy dan tuan puan taufik utk jd ibu bapa yg penyabar.

Sumber : Mohamad Fadzil

SKIP THIS AD ×