berita

‘It’s Dark Inside’ – Kata-Kata Terakhir Pramugari Lion Air Yang Terhempas Undang Sebak

October 29th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Selain daripada 181 penumpang, pesawat tambang murah Lion Air JT610 turut membawa 7 anak kapal semasa terhempas di Laut Jawa pagi tadi. Sehingga kini hanya seorang sahaja mayat yang telah ditemui.

Luahan terakhir salah seorang pramugari yang dipercayai berada di dalam pesawat itu menarik perhatian pengguna media sosial.

Post terakhir

Menerusi status terbarunya di Instagram tiga hari lalu, Alfiani menulis ‘It’s dark inside, I want save the light’ (Gelap di dalam ini, saya mahu selamatkan cahaya itu). Kapsyen tersebut mengundang seribu pertanyaan sebelum dirinya disahkan antara salah seorang pramugari yang berada di dalam penerbangan itu.

Namun, pada awal pagi tadi sebelum menaiki menaiki pesawat, Alfiani memuat naik Instagram story yang memperlihatkan suasana gelap di sekitarnya dan hanya diterangi lampu jalan tanpa sebarang catatan atau keterangan.

Saya tak sempurna

SKIP THIS AD ×