berita

Kawan Baik Bengang Netizen Kecam Puteri Sarah Buka Cerita, Dedah Sikap Syamsul Kuat Cemburu, Suka Gaduh & Mengongkong

January 6th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan pengarah sensasi Syamsul Yusof masih belum menemui titik noktah meskipun sudah memasuki tahun baharu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Janji Selesaikan Kemelut Dalam Masa Terdekat, Enggan Ikut Cara Puteri Sarah Bercerita – ‘Hal Dalam Kain Tidak Manis’

Artikel Berkaitan: ‘Suami Sebelum Kahwin Berbeza Dengan Lepas Kahwin’ – Puteri Sarah Liyana

Our stupid days

Terbaharu, Puteri Sarah dilihat menyiarkan semula (repost) hantaran di Instagram (IG) daripada kawannya yang dikenali sebagai sebagai Mea Sukri.

Mea membongkar sisi cerita yang tidak diketahui ramai orang dengan berkongsi momen ketika Syamsul sedang ‘angau’ dengan Puteri Sarah.

Dakwa Mea yang merupakan seorang jurusolek berkata Syamsul seorang lelaki yang kuat cemburu dan sangat mengongkong hidup Puteri Sarah sejak sebelum mereka berkahwin lagi.

Tak malu ke dekat mentua?

Selain itu, Mea meluahkan rasa kesal dengan sikap Syamsul yang sanggup menyakiti hati Puteri Sarah selama beberapa tahun.

Mea juga bengang dengan sikap segelintir netizen yang menuduh aktres berumur 38 tahun tergamak membuka pekung suaminya sendiri kepada umum.

Jadikan teladan

Dalam pada itu, Mea mengakui dia sudah lama menyimpan ‘rahsia’ perkahwinan Puteri Sarah dan Syamsul malah pernah menasihati ibu kepada dua cahaya mata itu untuk berusaha memperbaiki hubungan namun makin hari teruk.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa menjadi penyondol iaitu Ira Kazar.

Manakala Syamsul memohon untuk berikan dia sedikit masa lagi untuk menyelesaikan pergolakan yang menjadi bualan masyarakat sejak enam bulan lalu.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana & @measukri

SKIP THIS AD ×