Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi satu artikel mengenai kisah rumah tangga yang boleh dijadikan panduan untuk wanita yang berdepan keruntuhan.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof & Ira Kazar Kahwin Senyap-Senyap Di Thailand?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Janji Selesaikan Kemelut Dalam Masa Terdekat, Enggan Ikut Cara Puteri Sarah Bercerita – ‘Hal Dalam Kain Tidak Manis’
Ketahui hak sebagai isteri
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Sarah bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan, ‘suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin.’
Bagaimanapun, aktres berumur 37 tahun itu menyatakan perkongsian tersebut tidak ada kaitan dengan kehidupan peribadinya.
Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua. Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat itu sangat betul. Bersedia ya.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menekankan golongan isteri untuk keluar bekerja dan mempunyai simpanan kewangan sendiri.
Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat.
Puteri Sarah dan kedua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah baru saja pulang dari bercuti di Tokyo, Jepun.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa menjadi penyondol iaitu Ira Kazar.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana