Khamis lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pelakon Hafidz Roshdi, 29, terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, secara lisan pada 22 Februari lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.
Artikel Berkaitan: ‘Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Secara Lisan Pada 22 Februari Sah Ikut Hukum Syarak’
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Lek Lu Pape Roger’ – Hafidz Roshdi Enggan Ulas Bakal Kahwini Athira
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Cerai Talak Satu
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Kemungkinan Cerai Hari Ini
Kawan baik tak mungkin
Berikutan daripada itu, Shuhada meluahkan rasa syukur kepada pihak OhBulan! apabila kemelut rumah tangganya akhirnya menemui titik nokhtah. Tambah Shuhada, segala beban dan masalahnya sudah diangkat oleh Allah dan akui bersemangat untuk menjalani kehidupan yang baharu.
Ujar Shuhada lagi, dia hanya akan berurusan dengan Hafidz jika perkara tersebut melibatkan anak-anak.
Kawan baik itu tak mungkin. Tetapi untuk urusan bapa pada anak-anak InsyaAllah kami boleh berhubung.
Terdahulu, Shuhada berkata dia tidak akan menyembunyikan berita perceraiannya daripada anak-anak.