Sejak kebekalangan ini, pelbagai spekulasi dibuat netizen mengenai status rumah tangga penyanyi Hafiz Suip dengan isteri Nureffy Jesreel Abdullah yang didakwa sedang bergolak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Korang Tak Kenal Aku Jadi Jangan Sembang Macam Kenal Sangat’ – Hafiz Suip
Artikel Berkaitan: Anak Mahu Tiru Imej Rambut Hijau, Hafiz Suip Terus Botakkan Kepala – ‘Beristighfar Saya Masa Itu’
Kawan sekolah lebih memahami
Spekulasi tersebut mula timbul selepas Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, bertindak menyahaktif akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu tanpa sebarang sebab.
Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Hafiz memuat naik gambar bersama beberapa rakan sekolahnya beserta kapsyen memuji sikap mereka yang tidak pernah bercakap buruk mengenainya.
Assalamualaikum semua, nak beritahu, dia orang (kawan-kawan) ini la yang bersama dengan aku dari sekolah sampai sekarang.
Ini pun ada lagi yang tak sempat nak invite (sebab dah lewat) dan ada yang dah lost contact.
Still mereka tak ada assume aku atau tuduh aku yang bukan-bukan sebab diorang kenal aku siapa.
Jadi, korang (netizen) apa cerita ek? Sempat ke nak mintak maaf depan-depan nanti?
Sebelum ini, pelantun lagu Awan Nano itu meminta orang luar untuk tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung rumah tangganya tanpa mengetahui cerita sebenar.
Malah penyanyi itu turut mengingatkan netizen tidak ikut campur dalam isu rumah tangga mereka seolah-olah mengenali dirinya dan isteri.
Hafiz juga berkata dia terhibur apabila terbaca sebuah komen ditinggalkan netizen yang mendakwa dia bercerai kerana tidak menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 7, dan Muhammad Alkaf Zayne, 4 tahun.
Sumber: TikTok