berita

‘Kebenaran Akan Terbongkar Juga’ – Johnny Depp Dipaksa Lepaskan Watak Grindelwarl Dalam Fantastic Beast

November 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, pelakon antarabangsa terkenal iaitu Johnny Depp dan isteri iaitu Amber Heard mendapat liputan media dunia disebabkan masalah rumah tangga yang dialami pasangan ini. Amber Heard pernah mengaku mendera suaminya dengan membaling kuali dan periuk, selain, cuba untuk menjatuhkan reputasi karier pelakon Pirates of the Caribbean itu.

Artikel berkaitan: Mengaku Pukul, Balik Periuk, Suara Rakaman Amber Heard ‘Dera’ Johnny Depp Akhirnya Tersebar

Terbaru, Johnny Deep menerusi perkongsiannya melalui laman Facebook menyatakan keputusan untuk dirinya berhenti daripada terikat kepada kontrak artis di bawah pengurusan Warner Bros. Tambahnya, dia juga akan terus berjuang demi kebenaran kes di mahkamah berhubung isterinya itu.

Berhenti dari Warner Bros

Surat yang ditulis pada 6 November 2020 di kota London itu meluahkan ucapan terima kasih kepada semua pengikutnya yang telah memberi sokongan selama ini. Dia bagaimanapun turut berkongsikan berita untuk keluar dari jagaan pengurusan di bawah syarikat Warner Bros dan melepaskan watak sebagai Grindelwald dalam filem Fantastic Beasts. Namun, dia tetap menghormati dan bersetuju dengan perjanjian di antara syarikat yang telah dibuat oleh mereka.

Surat ditulis Johnny Depp

Johnny Depp bagaimanapun tidak akan mudah mengalah dengan perbicaraan yang telah dijalankan di mahkamah di United Kingdom (UK) baru-baru ini melibatkan dirinya dengan media berhubungan kes bekas isterinya. Dia yakin akan kebenaran yang telah didedahkannya itu pasti berpihak kepada dirinya juga.

Dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan tuduhan ke atas dirinya adalah tidak benar. Kehidupan dan kariernya sebagai selebriti tidak akan terhenti buat masa ini.

Menurut laporan terdahulu dari FMT News, pada Isnin lalu pelakon berusia 57 tahun itu tewas dalam perbicaraan di mahkamah melawan penerbit akhbar The Sun di UK kerana telah mengeluarkan kenyataan Johnny Depp sebagai ‘kaki pukul’. Hakim Andrew Nicol membuat keputusan itu setelah mendapati artikel tersebut adalah benar berhubung konflik hubungan suami isteri itu.

Sumber: Johnny Depp, Daily Mail, FMT News

SKIP THIS AD ×