Sitkom terbaharu TV3, Pop Yeah Yeah bakal ditayangkan bermula 3 Ogos 2019, setiap Sabtu jam 9 malam. Buat korang yang minat irama Pop Yeh Yeh, inilah masanya nak bergelak ketawa sambil mengimbau kembali zaman kegemilangan era 60-an menerusi sitkom Pop Yeah Yeah.
Pop Yeah Yeah dibarisi oleh selebriti terkenal tanah air antaranya Datuk AC Mizal, Izzue Islam, Armada Ammar, Elmelda Rosemila dan Oktovia Manrose.
Jefri Dom buka cafe!
Pop Yeah Yeah merupakan sebuah rancangan sitkom 30 minit selama 20 episod yang menampilkan Datuk AC sebagai Jefri Dom. Jefri Dom merupakan seorang pengusaha kafe yang pernah hidup pada zaman 60-an dan merupakan pesaing kepada Jefri Din. Peredaran masa dan zaman membuatkan Jefri Dom makin tidak dikenali. Ini memaksa Jefri Dom mencari jalan lain untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki.
Jefri Dom mengambil keputusan membuka sebuah cafe bagi menampung perbelanjaan hidupnya. Jefri Dom mempunyai beberapa orang pekerja kafenya, iaitu Amira, Ali, Leman dan Nasir. Mereka berlima akan membincangkan pelbagai topik-topik hangat pada masa ini bersama beberapa artis jemputan, setiap episod.
https://www.instagram.com/p/B0YmtOrnEQ2/
Minggu lalu semasa persembahan Kugiran Masdo di Konsert Jom Heboh di Johor Bahru, AC Mizal sempat berduet menyanyikan lagu ‘Dinda’ bersama kumpulan tersebut. AC Mizal yang pertama kali menjejakkan kaki ke Karnival Jom Heboh meluahkan rasa teruja dan terima kasih kepada TV3 atas promosi yang luar biasa untuk Pop Yeh Yeh.
Jangan lupa saksikan ‘Pop Yeah Yeah’ yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam di TV3. Korang pasti terhibur dengan gelagat Jefri Dom ini!